28 September 2013

KURSUS LADAP: KEWANGAN & LINUS

Tarikh : 28 September 2013
Hari : Sabtu
Masa: 8.00 - 12.30 tgh
Tempat : Bilik Wawasan
Penceramah : Pn. Norliza & Pn. Rozi Zuliani


Penceramah Kewangan, Pn. Norliza bt Abdullah bersama GPK Kurikulum.

Pn. Rozi Zuliani, penceramah Linus.


21 September 2013

PERMOHONAN KEMASUKAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2014


Permohonan Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh 2014

Permohonan kemasukan ke Tingkatan Satu di Sekolah Berasrama Penuh – SBP dan kemasukan ke Tingkatan Empat di Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pendidikan Malaysia telah dibuka mulai 1 September 2013.

Permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dikendalikan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Cara Memohon SBP

Pelajar Darjah 6 atau Tahun 6 yang akan menduduki UPSR 2013 boleh memohon Sekolah Berasrama Penuh – SBP.

Pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki PMR 2013 boleh memohon SBP.

Permohonan perlu dibuat secara online melalui Aplikasi Permohonan ke SBP dan Sekolah Kawalan.

Pastikan maklumat yang dimasukkan adalah betul kerana pengemaskinian tidak boleh dibuat setelah cetakan dibuat.


Tarikh Tutup

Permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh - SBP sesi 2014 akan ditutup pada 15 Oktober 2013.

Maklumat

Sebarang pertanyaan boleh juga diajukan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan atau telefon 03 8321 7400 atau faks 03 8321 7403/ 7402.


Pertanyaan boleh juga dibuat melalui Talian Khidmat Pelanggan KPM di 03 7723 7070 atau emel kpkpm@moe.gov.my

12 September 2013

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN

Tarikh : 13 September 2013
Hari : Jumaat
Masa : 11.00 - 12.00 tgh
Tempat : Dewan Datuk Hj. Mohd Idris

Pn. Hamidah (GPK Kurikulum) merasmikan penutupan Bulan Kemerdekaan SKKS.

Peserta bersama basikal masing-masing.

Peserta busana kemerdekaan dibimbing oleh Cik Ain Ashikin pada acara akhir.

Juri basikal hiasan, En. Azhar memberikan markah.

10 September 2013

SELAMAT BERJUANG


Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR, dahulunya Ujian Penilaian Sekolah Rendah) merupakan program pengujian untuk menilai pencapaian kognitif  pelajar di akhir sekolah rendah di Malaysia dan diambil oleh pelajar-pelajar di akhir Tahun Enam pendidikan rendah.
Ia diperkenalkan pada tahun 1987 bagi menggantikan Peperiksaan Penilaian Darjah Lima. Pada tahun 1995, format Matematik diubah dengan memperkenalkan soalan subjektif. Pada tahun 2001, penilaian termasuk kerja sekolah calon.

Objektifnya ialah untuk menilai pencapaian pelajar sekolah rendah dalam kemahiran asas mereka di dalam Sains dan Matematik dan juga bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Ia berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).


PEPERIKSAAN UPSR

Tarikh : 10, 11, 12 September 2013
Hari : Selasa - Khamis
Masa : 3 hari
Tempat : Dewan Gemilang UPSR

Calon UPSR bersedia sebelum menerima kertas soalan pada hari pertama.

Debaran ketika menunggu masuk ke dewan peperiksaan.

Bersalaman dengan ibu bapa dan guru sebelum ke dewan.

BLOG AMALAN SUNNAH DALAM PdP