21 September 2013

PERMOHONAN KEMASUKAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2014


Permohonan Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh 2014

Permohonan kemasukan ke Tingkatan Satu di Sekolah Berasrama Penuh – SBP dan kemasukan ke Tingkatan Empat di Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pendidikan Malaysia telah dibuka mulai 1 September 2013.

Permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dikendalikan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Cara Memohon SBP

Pelajar Darjah 6 atau Tahun 6 yang akan menduduki UPSR 2013 boleh memohon Sekolah Berasrama Penuh – SBP.

Pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki PMR 2013 boleh memohon SBP.

Permohonan perlu dibuat secara online melalui Aplikasi Permohonan ke SBP dan Sekolah Kawalan.

Pastikan maklumat yang dimasukkan adalah betul kerana pengemaskinian tidak boleh dibuat setelah cetakan dibuat.


Tarikh Tutup

Permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh - SBP sesi 2014 akan ditutup pada 15 Oktober 2013.

Maklumat

Sebarang pertanyaan boleh juga diajukan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan atau telefon 03 8321 7400 atau faks 03 8321 7403/ 7402.


Pertanyaan boleh juga dibuat melalui Talian Khidmat Pelanggan KPM di 03 7723 7070 atau emel kpkpm@moe.gov.my

No comments:

Post a Comment

BLOG AMALAN SUNNAH DALAM PdP