28 September 2013

KURSUS LADAP: KEWANGAN & LINUS

Tarikh : 28 September 2013
Hari : Sabtu
Masa: 8.00 - 12.30 tgh
Tempat : Bilik Wawasan
Penceramah : Pn. Norliza & Pn. Rozi Zuliani


Penceramah Kewangan, Pn. Norliza bt Abdullah bersama GPK Kurikulum.

Pn. Rozi Zuliani, penceramah Linus.


21 September 2013

PERMOHONAN KEMASUKAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2014


Permohonan Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh 2014

Permohonan kemasukan ke Tingkatan Satu di Sekolah Berasrama Penuh – SBP dan kemasukan ke Tingkatan Empat di Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pendidikan Malaysia telah dibuka mulai 1 September 2013.

Permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dikendalikan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Cara Memohon SBP

Pelajar Darjah 6 atau Tahun 6 yang akan menduduki UPSR 2013 boleh memohon Sekolah Berasrama Penuh – SBP.

Pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki PMR 2013 boleh memohon SBP.

Permohonan perlu dibuat secara online melalui Aplikasi Permohonan ke SBP dan Sekolah Kawalan.

Pastikan maklumat yang dimasukkan adalah betul kerana pengemaskinian tidak boleh dibuat setelah cetakan dibuat.


Tarikh Tutup

Permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh - SBP sesi 2014 akan ditutup pada 15 Oktober 2013.

Maklumat

Sebarang pertanyaan boleh juga diajukan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan atau telefon 03 8321 7400 atau faks 03 8321 7403/ 7402.


Pertanyaan boleh juga dibuat melalui Talian Khidmat Pelanggan KPM di 03 7723 7070 atau emel kpkpm@moe.gov.my

12 September 2013

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN

Tarikh : 13 September 2013
Hari : Jumaat
Masa : 11.00 - 12.00 tgh
Tempat : Dewan Datuk Hj. Mohd Idris

Pn. Hamidah (GPK Kurikulum) merasmikan penutupan Bulan Kemerdekaan SKKS.

Peserta bersama basikal masing-masing.

Peserta busana kemerdekaan dibimbing oleh Cik Ain Ashikin pada acara akhir.

Juri basikal hiasan, En. Azhar memberikan markah.

10 September 2013

SELAMAT BERJUANG


Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR, dahulunya Ujian Penilaian Sekolah Rendah) merupakan program pengujian untuk menilai pencapaian kognitif  pelajar di akhir sekolah rendah di Malaysia dan diambil oleh pelajar-pelajar di akhir Tahun Enam pendidikan rendah.
Ia diperkenalkan pada tahun 1987 bagi menggantikan Peperiksaan Penilaian Darjah Lima. Pada tahun 1995, format Matematik diubah dengan memperkenalkan soalan subjektif. Pada tahun 2001, penilaian termasuk kerja sekolah calon.

Objektifnya ialah untuk menilai pencapaian pelajar sekolah rendah dalam kemahiran asas mereka di dalam Sains dan Matematik dan juga bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Ia berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).


PEPERIKSAAN UPSR

Tarikh : 10, 11, 12 September 2013
Hari : Selasa - Khamis
Masa : 3 hari
Tempat : Dewan Gemilang UPSR

Calon UPSR bersedia sebelum menerima kertas soalan pada hari pertama.

Debaran ketika menunggu masuk ke dewan peperiksaan.

Bersalaman dengan ibu bapa dan guru sebelum ke dewan.

MAJLIS RESTU UPSR

Tarikh : 9 September 2013
Hari : Isnin
Masa : 12.00 - 1.00 tgh
Tempat : Dewan Datuk Haji Mohd Idris

Pn. Yuhaila memberi peransang dan dorongan.

Pelukan semangat ayah untuk anaknya, En. Samuri dan anaknya Siti Hajar Maryam.

7 September 2013

TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR : BAHASA INGGERIS

Tarikh : 5 September 2013
Hari : Khamis
Masa : 8.00 - 10.30 pg
Tempat : Bilik Wawasan

Calon UPSR mendengar ceramah yang disampaikan oleh penceramah.

Penceramah jemputan, En. Badrulisham dari SK Gesir Tengah.

3 September 2013

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 
KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA


Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah MelayuBorneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Walaupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia, namun mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.


2 September 2013

BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT UPSR

Tarikh : 5 September 2013
Hari : Khamis
Masa : 7.00 ptg - 9.00 mlm
Tempat : Dewan Gemilang UPSR
Sasaran : Murid Tahun 6

Imam Masjid Kg Soeharto, Tn. Hj. Ahmad b Hj. Khalil mengetuai majlis bacaan Yasin dan solat hajat.

Calon-calon UPSR diberikan panduan cara-cara mengerjakan solat hajat oleh Tuan Imam.

PROGRAM 'KEPUNG INTENSIF UPSR"

Tarikh : 2 - 6 September 2013
Hari : Isnin - Jumaat
Masa : 5 Hari
Tempat : SK Kampong Soeharto 
Sasaran : Murid Tahun 6


Sesi Matematik bersama En. Haizal.

Bengkel Bahasa Melayu di sebelah malam.

Semua guru dan kakitangan bekerjasama bagi memastikan program berjalan dengan lancar

MOTIVASI ZAKAT

Tarikh : 31 Ogos - 1 September 2013
Hari : Sabtu -Ahad
Masa : 2 hari
Tempat : SK Kampong Soeharto
Sasaran : Semua Murid Zakat SKKS

Penceramah jemputan, Ustaz Annahari menyampaikan ceramahnya

Slot "Si Buta dan Si Bisu" menarik perhatian.

Latihan dalam kumpulan (LDK) membantu meningkatkan keyakinan murid dalam berkomunikasi di khalayak.

BLOG AMALAN SUNNAH DALAM PdP