31 December 2013

PROGRAM GOTONG ROYONG & BAYARAN DUIT BUKU SEKOLAH SESI 2014

Tarikh : 31 Disember 2013
Hari : Selasa
Masa : 8.30 pg - 1.00 ptg
Tempat : Dewan Tn. Hj. Mohd Idris
Ibu bapa penjaga sabar menunggu giliran pembayaran buku sekolah mengikut kelas yang ditetapkan.

Kesabaran guru-guru dan ibu bapa penjaga menjadikan sesi pembayaran buku sekolah berjalan lancar

PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 SESI 2014

Tarikh : 30 Disember 2013
Hari : Isnin
Masa : 9.00 pg - 12.00 tgh
Tempat : Dewan Datuk Haji Mohd Idris

Tn. Hj. Mohamed Zuhaini (GPK  HEM) menyampaikan ucapan.

Para ibu bapa penjaga bersama anak masing-masing mengikuti Program Transisi Sekolah sesi 2014.

24 December 2013

MESYUARAT GURU KALI PERTAMA / TAHUN 2014

Tarikh : 23 Disember 2013
Hari : Isnin
Masa : 8.30 pg - 12.30 tgh
Tempat : Bilik Wawasan

Tuan Guru Besar, En. Nor Azimi mempengerusikan mesyuarat.

Semua guru dan kakitangan sekolah terlibat dalam mesyuarat kali pertama ini.

SALAM TAKZIAH

AL-FATIHAH





Dengan ini dimaklumkan bahawa 
Syed Dzul Hanapiah bin Syed Kamaruzzaman,
Juruteknik Komputer SK Kampong Soeharto
telah kembali ke Rahmatullah 
pada hari Selasa, 10 Disember 2013 bersamaan dengan 6 Safar 1435H
disemadikan di Tanjung Tualang, Batu Gajah, Perak.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya
amin...

2 December 2013

HARI KEPUTERAAN SULTAN SELANGOR

DAULAT TUANKU

SEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA TUANKU

 


DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH AL-HAJ 
IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH AL-HAJ

D.K., D.M.N., D.K. (TERENGGANU), D.K. (KELANTAN), D.K. (PERAK), D.K. (PERLIS), D.K. (NEGERI SEMBILAN), D.K. (KEDAH), D.K. (JOHOR), S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.J.

SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN
SERTA SEGALA DAERAH TAKLUKNYA


Sembah Tahniah Dan Ucap Selamat Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang ke 68
Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor

Pada 11 Disember 2013 Bersamaan 8 Safar 1435

Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj merupakan Sultan Selangor ke-9 yang memerintah negeri Selangor sejak 21 November 2001 berikutan kemangkatan ayahanda baginda, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj.

Pertabalan.

Majlis pertabalan diadakan pada 22 November 2001 di Balairung Seri Istana Alam Shah, Klang. Tengku Idris Shah kini bergelar Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj. Istiadat pemasyhuran diraja turut dihadiri Tengku Panglima Diraja Selangor selaku Ketua Istiadat Diraja. Lain-lain ialah Tengku Sulaiman Shah; Tengku Aris Temenggong, Tengku Muhamad Yusuf Shah dan Orang Kaya To' Engku Maha Bijaya Hulu Langat, Datuk Abdul Rani Datuk Shamsuddin. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo membacakan pengisytiharan pemasyhuran di bawah 30 (2) Bahagian 1, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959. Tengku Idris Shah sebagai Sultan Melayu pertama menaiki takhta tanpa mempunyai permaisuri sejak negara mencapai kemerdekaan.

Turut hadir ketika itu ialah bekas Raja Permaisuri Agong, Tuanku Aishah binti Abdul Rahman dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Majlis ini disiarkan secara langsung menerusi RTM.

Latar belakang.

Baginda lahir pada 24 Disember 1945 di Istana Jemaah, Klang hasil pernikahan Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj dengan Raja Nor Saidatul Ehsan Tengku Badar Shah. Istana Jemaah kini ditukar menjadi Kolej Islam Sultan Alam Shah.

Baginda adalah anak sulung. Adik-beradik yang lain ialah Tengku Puteri Sofiah, Tengku Sulaiman Shah (Tengku Panglima Diraja Selangor), Tengku Puteri Seri Zanariah, Tengku Abdul Samad Shah (Tengku Panglima Besar), Tengku Puteri Arafiah dan Tengku Puteri Aishah.

Tahun 1968 berkahwin dengan Raja Zarina Raja Tan Sri Zainal. Puteri baginda bernama Tengku Zerafina (1969) dan Tengku Zatashah (1973).

Setelah berpisah pada 1986 , baginda berkahwin dengan Puan Nur Lisa Idris binti Abdullah warga Amerika Syarikat pada tahun 1988 tetapi berpisah pada 1997. Baginda mempunyai seorang putera, Tengku Amir Shah.

BLOG AMALAN SUNNAH DALAM PdP