7 November 2016

MAKLUMAN KEMPEN KESELAMATAN KANAK-KANAK " SAHABAT BIJAK : SAFE & PROTECT "


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Program Kempen Keselamat Kanak-Kanak " Sahabat Bijak: Safe & Protect" yang dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor dengan peruntukan daripada Pasukan Pelindung Kanak-Kanak Negeri Selangor dengan kerjasama Agensi-agensi seperti PDRM, Bomba dan Penyelamat, AADK, SKMM akan di adakan pada butiran seperti berikut:

Tarikh : 15hb November 2016
Hari     : Selasa
Masa    : 7:40 pagi hingga 1:00 petang
Tempat : SK Kampung Soeharto

Semua murid dan warga SKKS, jangan lepaskan peluang menghadiri kempen ini kerana SK Kampung Soeharto adalah satu-satunya sekolah yang terpilih di Daerah Hulu Selangor untuk mengadakannya..

Pesanan saya semasa program, jagalah disiplin dan utamakan keselamatan, dan jika ada telefon yang dimiliki telah rosak, bawa ketika program dan tukar dengan cenderamata daripada SKMM.

Bagi ibu bapa dan penjaga berkenaan yang mahu mendapatkan kad OKU disamping menjaga kemashlahatan anak-anak silalah tampil ke tempat progam bagi membuat pendaftaran dengan JKM.

Moga Program berjalan lancar dan memberi manfaat bersama...

#Daripada GB SKKS

BLOG AMALAN SUNNAH DALAM PdP