12 July 2015

RAMADHAN DI HAYATI, UKHUWAH YANG TERJALIN DI KUKUHKAN


...............10 Julai 2015 bersamaan 23 Ramadhan 1436 Hijrah, Sekolah Kebangsaan Kampung Soeharto menghayati Ramadhan dengan program bina Kad Hari Raya bagi mengukuhkan ukhuwah yang telah sedia ada.

...............Pada petangnya diadakan pula majlis tahlil dan Jamuan berbuka puasa anjuran Badan Kebajikan Sekolah Kebangsaan Kampung Soeharto. Pihak keluarga warga SKKS turut sama meraikan majlis jamuan tersebut. Pada majlis itu juga Badan Kebajikan mengambil kesempatan menyampaikan sedikit sumbangan kepada Cikgu Mukhyidi atas Ujian yang menimpa kepada anak beliau pada tahun ini.
En. Azhar memberikan ulasan

Penyampaian sumbangan oleh Guru Besar

...............Setelah solat maghrib, jamuan baru dimulakan, pelbagai hidangan di sajikan, antara makanan yang teristimewa pada hari tersebut ialah makanan eksotik iaitu buah durian yang di bawa oleh En. Razi dan Ustazah Sujanah. Mungkin itulah keistimewaan yang berbeza dibanding jamuan yang diadakan oleh pihak sekolah Kebangsaan Kampung Soeharto di tempat yang lain....


Gambar Hiasan

Durian antara makanan istimewa berbuka



BLOG AMALAN SUNNAH DALAM PdP