30 January 2014

SEMAKAN STATUS UJIAN KOMPETENSI ICT


SEMAKAN BOLEH DIBUAT DI LAMAN WEB DI BAWAH

PELUPUSAN PERALATAN KOMPUTER

Tarikh : 29 Januari 2014
Hari : Rabu 
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tgh
Tempat : Makmal Komputer

Pelupusan peralatan komputer kali pertama pada tahun ini.

23 January 2014

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH

Tarikh : 23 Januari 2014
Hari : Khamis
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Sekitar Felda Kg Soeharto.

En. Nor  Azimi (Guru besar) membimbing murid-murid membuat pemanasan badan sebelum larian merentas desa dimulakan.


En. Mohd Toha (GPK Koko) melepaskan peserta-peserta merentas desa.


Laluan ladang dipantau marshal, En. Ahmad Bustomi.
Pemenang kategori perempuan.

Pemenang kategori lelaki.

21 January 2014

PEMBERIAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN RM100

Tarikh : 22 Januari 2014
Hari : Rabu
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Dewan Datuk Haji Mohamed Idris


Datuk Rosni (ADUN Hulu Bernam) menyampaikan bantuan awal persekolahan kepada penjaga murid.

Ibu bapa penjaga mendengar ucapan serta taklimat ringkas.
Berbaris mengikut kelas yang diduduki anak masing-masing.

20 January 2014

PERJUMPAAN IBU BAPA PENJAGA MURID TAHUN ENAM

Tarikh : 21 Januari 2014
Hari : Selasa
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Datuk Hj Mohamed Idris

Majlis dipengerusikan oleh En. Abdul Salim Abd Kadir selaku penyelaras Tahun Enam.

Ucapan Penolong Pengurus Felda Gugusan  Trolak

Kehadiran Penolong Pengurus Felda Gugusan Trolak diharap dapat meningkatkan lagi motivasi murid-murid dalam menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun ini.

Harapan ayah.

15 January 2014

LATIHAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH

Tarikh : 15 Januari 2014
Hari : Rabu
Masa : 9.00 - 10.00 pagi
Tempat : Sk Kg Soeharto

En. Nik Jazwiri (Setiausaha Sukan) memberikan taklimat sebelum latihan merentas desa dimulakan.
En. Fared Salam mengawasi murid-murid semasa latihan.

Murid-murid mendengar taklimat merentas desa peringkat sekolah.

Checkpoint dikawal oleh guru yang ditugaskan.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT FELDA

Tarikh : 14 Januari 2014
Hari : Selasa
Masa : 8.30 - 11.30 pagi
Tempat : sekitar Felda Kg Soeharto

Perarakan dimulakan dari SK Kg. Soeharto.

Murid-murid bersemangat untuk menjayakan perarakan.

Perarakan berlangsung dengan meriahnya.

13 January 2014

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 12 RABIUL AWAL 1435H

SELAMAT MENYAMBUT HARI MAULIDUR RASUL 
KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA YANG BERAGAMA ISLAM
KHUSUSNYA WARGA SK KAMPONG SOEHARTO


Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad SAW. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah SWT. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah SWT kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad SAW, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah SWT terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah SWT, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah SWT dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah SWT.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya

PEMERIKSAAN TAHUNAN PUSAT KESIHATAN

Tarikh : 13 Januari 2014
Hari : Isnin
Masa : 9.30 pagi - 12.00 tgh
Tempat : Bilik Kesihatan

Kakitangan Pusat Kesihatan sibuk membuat persediaan.

Pemeriksaan mata murid Tahun Satu.

Murid-murid menunggu giliran untuk pemeriksaan kesihatan.

WATIKAH PELANTIKAN BADAN KEPIMPINAN SEKOLAH

Tarikh : 13 Januari 2014
Hari : Isnin
Masa : 7.40 - 8.30 pagi
Tempat : Dewan Datuk Haji Mohd Idris

En. Mohd Toha (GPK Kokurikulum) menyampaikan watikah ketua kelas.

Tn. Hj. Mohamed Zuhaini (GPK HEM) menyampaikan watikah Briged Cyber.

Penerima watikah Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

Para Pengawas bersedia untuk menerima watikah pelantikan masing-masing.

PROGRAM GURU PENYAYANG

Tarikh & Hari : setiap pagi hari persekolahan
Masa : 7.20 pagi
Tempat : Pintu masuk SK Kg Soeharto


TEMPAT MENUNGGU IBU BAPA PENJAGA

Tempat menunggu ibu bapa penjaga yang luas dan selesa
memudahkan tugas menghantar dan mengambil anak-anak di sekolah.




9 January 2014

TAKLIMAT KOPERASI KGMMB

Tarikh : 9 Januari 2014
Hari : Khamis
Masa : 2.30 - 3.00 ptg
Tempat : Bilik Wawasan

Wakil Koperasi KGMMB memberikan penerangan keanggotaan koperasi.

KURSUS LADAP : 1 MURID 1 SUKAN

Tarikh : 9 Januari 2014
Hari : Rabu
Masa : 3.00 - 4.30 ptg
Tempat : Bilik Wawasan
Penceramah : En. Nik Jazwiri b Johannis

En. Nik Jazwiri menyampaikan ceramah ladap.

Semua guru begitu fokus terhadap ceramah yang disampaikan.

PERJUMPAAN MURID TAHUN 6 KALI PERTAMA

Tarikh : 9 Januari 2014
Hari : Rabu
Masa : 8.40 - 9.40 pg
Tempat : Astaka Anjung Budi

Pn. Hamidah (GPK Kurikulum) dan En. Samuri (guru pembimbing) memberikan motivasi kepada murid-murid Tahun Enam yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini.

Penyelaras Tahun Enam, En. Abdul Salim bersemangat menaikkan semangat murid-murid.

8 January 2014

SELAMAT BERPINDAH & SELAMAT DATANG

SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BAHARU

En. Mohd Haizal b Abdul Samad
ke SK Taman Melawati 2, Gombak, Selangor.

Pn. Norhidayah bt Mohd Saman
ke SK Changkat Lobak, Bagan Serai, Perak.

SK KAMPONG SOEHARTO 
MENGALU-ALUKAN KEDATANGAN GURU BAHARU
DAN DIHARAP DAPAT MEMBANTU SEKOLAH DAN PELAJAR 
KE ARAH KEJAYAAN.

Pn. Norhaniza bt Kasimon
dari SK Sungai Udang, Klang

7 January 2014

MAJLIS PENYERAHAN BEG SEKOLAH FELDA UNTUK MURID TAHUN SATU

Tarikh : 6 Januari 2014
Hari : Isnin
Masa : 7.40 - 8.40 pg
Tempat : Dewan Datuk Hj. Mohd Idris

Beg sekolah sumbangan Pengurusan Felda.

Tuan Pengurus Felda Kg. Soeharto, En. Azhari Mohd Said menyampaikan beg kepada murid Tahun Satu.

Keprihatinan felda menjadi asas kukuh demi kemajuan sekolah dalam pelbagai bidang.

2 January 2014

SELAMAT DATANG KE ALAM PERSEKOLAHAN

Tarikh : 2 Januari 2014
Hari : Khamis
Masa : 7.40 pg - 1.35 ptg
Tempat : SK Kampong Soeharto

En. Azhar antara tenaga pengajar kelas Tahun 1 yang berpengalaman.

Murid Tahun 1 memulakan pembelajaran dengan penuh semangat.

Ceria di alam baru. 

1 January 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2014
DIUCAPKAN KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA
KHUSUSNYA WARGA SK KG SOEHARTO


BLOG AMALAN SUNNAH DALAM PdP