17 December 2014

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN KONVOKESYEN PRA SEKOLAH SKKS 2014

Tarikh : 18 November 2014
Tempat : Dewan SKKS
Anjuran : Unit Kokurikulum dan PIBG SKKS

Penutup majlis bagi akhir tahun untuk semua sekolah adalah Majlis Hari Anugerah dimana pihak sekolah akan meraikan murid-murid yang berjaya serta menunjukkan prestasi yang amat baik sepanjang sesi persekolahan. Maka dengan itu, SKKS sekali lagi menganjurkan majlis untuk meraikan pelajar-pelajar cemerlang tersebut. Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Dan Konvokesyen Pra Sekolah 2014 telah 
dirasmikan oleh Pengurus Felda Soeharto, En Azhari Muhamed Said.


KEPUTUSAN UPSR 2014

27 Nov 2014 
Keputusan UPSR 2014
2 orang murid SKKS perolehi 5A

Alhamdulillah..Tahniah kepada semua murid yang berjaya.. 
Terima kasih kepada semua guru di atas komitmen tinggi sepanjang tahun. 
Moga usaha ini berterusan pada masa akan datang~~


16 December 2014

KARNIVAL KOKURIKULUM SKKS 2014

Tarikh : 2 November 2014
Tempat : Sekolah Keb. Kg. Soeharto
Anjuran : Unit Kokurikulum SKKS

 Pada 2 November 2014, Unit Kokurikulum  telah mengadakan Karnival Kokurikulum. Program ini  melibatkan semua guru, staff dan murid-murid SKKS. Beberapa aktiviti telah dirancang sempena hari  tersebut seperti pertandingan kawad kaki unit berunifom, pertandingan memasak, susun tin, galah  panjang dan bermacam lagi aktiviti untuk murid-murid SKKS.


10 November 2014

MAJLIS KHATAM AL-QURAN SKKS

Tarikh : 7 November 2014
Tempat : Dewan SKKS
Anjuran : Panitia Pendidikan Islam Unit Kokurikulum SKKS




PERKHEMAHAN GABUNGAN UNIT BERUNIFORM

Tarikh : 24-26 Oktober 2014
Tempat : Teratak Bernam Riverview
Anjuran : Unit Kokurikulum Sek. Keb. Kg. Soeharto dan Sek. Keb. Gesir Tengah


Perkhemahan ini telah dijayakan oleh murid Tahun 6 SKKS dan SK Gesir Tengah. Seramai 86 orang murid tahun 6 telah mengikuti perkhemahan ini. Perkhemahan ini diadakan bertujuan untuk mendidik murid-murid percaya kepada diri sendiri dan sedar akan kemampuan diri. Melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan, mereka akan didedahkan dengan suatu persekitaran baru. Ia juga memberikan satu rasa dengan menanam sifat keberanian dan kepercayaan internal dan intrapersonal. Selain itu, merapatkan silaturahim antara dua buah sekolah yang mengikuti perkhemahan tersebut.



30 October 2014

MAJLIS PENUTUP SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

Majlis penutup bulan kemerdekaan telah diadakan pada Hari Jumaat, 12 September 2014. Acara akhir yang dipertandingkan pada hari tersebut adalah bacaan sajak, nyanyian lagu patriotik, busana merdeka, kelas tercantik dan basikal tercantik mengikut tema merdeka. Acara yang dipertandingkan telah disambut baik dikalangan murid-murid SKKS. Diharapkan semangat seperti ini akan kekal pada tahun yang akan datang. Syabas diucapkan kepada warga SKKS kerana berjaya membuat majlis bulan kemerdekaan dengan sambutan yang cukup meriah.















5 September 2014

SEMOGA BERJAYA

Warga SKKS ingin mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan UPSR kepada pelajar tahun 6 SKKS. Semoga kalian dapat menghadapai peperiksaan tersebut dengan tenang dan perolehi kejayaan kelak. Good Luck!






Cayok! Cayok!

27 August 2014

KEM MOTIVASI TAHUN 6

Tarikh : 25 Ogos 2014
Hari : Isnin
Tempat : PKG Kg. Soeharto.

Pada hari isnin yang lalu, pihak sekolah telah mengadakan kem motivasi untuk pelajar tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Kem motivasi ini dibuat bertujuan memberi semangat kepada para pelajar agar lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan UPSR kelak. Diharap para pelajar tahun 6 2014 berjaya dalam peperiksaan tersebut. 







26 August 2014

SAMBUTAN HARI RAYA, PERASMIAN BULAN MERDEKA DAN PERASMIAN HARI MALAYSIA

Tarikh : 15 Ogos 2014
Hari : Jumaat
Tempat : Dewan SKKS

SKKS kali ini telah meraikan 3 sambutan serentak iaitu Sambutan Hari Raya, Perasmian Bulan Merdeka serta Hari Malaysia yang bakal disambut tidak lama lagi. Ini adalah kerana, Hari Raya jatuh pada bulan merdeka maka dengan itu, sambutan dijalankan serentak. Majlis telah dirasmikan oleh Pegawai PPD, Tuan Zainal Abidin b Mohd Yusof. Sebelum majlis, guru-guru SKKS bersama-sama bergotong royong untuk menyiapkan juadah untuk sambutan tersebut. Syabas diucapkan kepada guru-guru SKKS kerana berjaya membuat sambutan yang amat meriah.



Pakaian tercantik di Sambutan Hari Raya SKKS


Ucapan dari Guru Besar, En Azimi B Mohamad Yusuf
Ucapan dari Pegawai Pendidikan Daerah, Tuan Zainal Abidin B Mohd Yusuf
Penuh meja dengan biskut raya
Perutusan Perasmian yang telah disempurnakan oleh Tuan Zainal Abidin b Mohd Yusuf 
Acara memotong kek Hari Merdeka
Warga SKKS bersama-sama menyanyikan lagu patriotik
Cenderahati untuk Tuan Zainal Abidin b Mohd Yusuf
Masa untuk makan










25 August 2014

DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA

Tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 'Malaysia, Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta', dengan harapan perasaan kasih sayang terhadap negara kita ini akan terus menebal. Tema ini diambil dari lagu Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad bertajuk 'Warisan' dimana lirik lagu tersebut mampu menjadi suatu azimat buat diri kita sebagai rakyat Malaysia. 

Selamat Hari Merdeka dari warga SKKS.


Lagu Tema Kemerdekaan Tahun 2014 - Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
Logo Hari Kemerdekaan Tahun 2014 kali ke 57

MAJLIS LAMBAIAN KASIH, SEMEKAR BUDI SEMPENA PERSARAAN PUAN HAMIDAH BT BUNIRAN


Tarikh : 28 Julai 2014
Hari : Isnin
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Dewan SKKS

Majlis Lambaian Kasih, Semekar Budi ini adalah bertujuan meraikan persaraan Puan Hamidah bt Buniran yang berkuatkuasa pada 1 Ogos 2014.

Majlis telah dimulakan dengan perarakan masuk Puan Hamidah ke Dewan SKKS bersama-sama guru-guru serta Pengawas SKKS. Diteruskan, dengan ucapan dari wakil murid, ucapan ringkas dari anak Puan Hamidah serta ucapan wakil guru. Majlis diteruskan lagi dengan persembahan dari murid darjah 5, penyampaian hadiah (para pelajar SKKS, guru serta jemputan), tayangan video serta persembahan khas guru-guru kepada Puan Hamidah.



Hadiah dari murid-murid, guru-guru dan PIBG SKKS

Ucarapan dari Guru Besar SKKS

Ucapan dari wakil guru



 

Persembahan khas dari guru-guru SKKS



30 June 2014

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 2014

Tarikh : 26 Jun 2014
Hari : Khamis
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Padang SKKS
Majlis telah dirasmikan oleh Y Bhg Tuan Tukiman Bin Nail
(YDP Majlis Daerah Hulu Selangor)

PENGERUSI KEJOHANAN : EN NOR AZIMI BIN MOHD YUSOF
TIMBALAN PENGERUSI KEJOHANAN : PN HAMIDAH BT BUNIRAN
NAIB PENGERUSI KEJOHANAN : TN HJ MUHAMMAED ZUHAINI BIN A. SHUKOR
PENGARAH KEJOHANAN : EN MOHD TOHA BIN AYOB
PENGURUS KEJOHANAN : EN NIK JAZWIRI BIN JOHANNIS
PENGURUS TEKNIK : EN AHMAD SYAUQI BIN MAT SUKHRI
REFERI : EN AHMAD BUSTOMI BIN ZAINUDDIN
KETUA HAKIM BALAPAN : EN ABDUL SALIM BIN A KADIR
PELEPAS : EN SAMURI BIN SALIKUN
PENOLONG PELEPAS : EN ABD RAZAK BIN BADIOZAMAN (AJK PIBG)
HAKIM PENAMAT/PENCATAT MASA   : PN MARSHELLA BT MANSOR
                                                               PN YUHAILA BT MAT YUSOP
                                                               WAKIL PIBG
PENGADIL BALAPAN : EN MOHD FAISAL BIN DZAUDDIN
                                      EN AZIZAN BIN ANIN
                                      EN KHERMAN BIN AL JABAR
                                      EN MOHAMMAD SALIM BIN IBRAHIM
                                      WAKIL PIBG
PENYELIA PESERTA : EN AZHAR BIN ABD AZIZ
                                     PN NORIZA BT JARMIN
                                     PN NORAINI BT ABD HAMID
PENGURUS HADIAH : CIK SITI NOOREZLIN BT SAIEN
PENGURUS PEMENANG : EN FARED SALAM BIN MUHAMED
                                           CIK SHAZWIN BT AHMAD SUHAIMI
PENCATAT : PN NOREHA BT JARMIN
                     PN NORLIYAH BT AB HAMID
PENCATAT : PN NORLIZA BT RUSELAN
STATISTIK : PN NORIZA BT MD ISA
PENGACARA MAJLIS : EN MOHAMED NIZAM B YUSOF
                                      PN ASMIDA ABD AZIZ
PENGURUS PASUKAN : PN AZLIZA BT ISHAK (KENYALANG)
                                        PN ROHAYAH BT ISMAIL (RAJAWALI)
                                        CIK JULIANA BT JUSOP (CENDERAWASIH)
                                        PN NORHANIZAA BT ABDULLAH KASIMON (GARUDA)
                                        PN NOORASHIKIN BT MOHD ALI (PRA)
                                        CIK SITI AISHAH MAT YUSUP (PRA)

Majlis dimulakan dengan acara perbarisan kontijen rumah sukan terdiri dari pada Rumah Garuda, Rumah Cenderawasih, Rumah Rajawali, Rumah Kenyalang dan Pra Sekolah. Acara diteruskan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Faisal B Dzauddin, diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku dan upacara menaikan bendera kejohanan (simbolik untuk perasmian).

Lafaz ikrar kejohanan telah diketuai oleh adik Hafizul Iman dari Rumah Rajawali. Acara sukan dimulakan dengan  50 Meter Pra Sekolah.


Johan keseluruhan hari sukan sekolah jatuh kepada rumah Cenderawasih (Biru) manakala tempat kedua rumah Rajawali (Merah), ketiga Garuda (Kuning) dan tempat keempat Kenyalang (Hijau)

Cenderawasih Juara Keseluruhan

Rajawali tempat ke 2

Garuda tempat ke 3

Kenyalang tempat ke 4

BLOG AMALAN SUNNAH DALAM PdP