16 January 2016

MARI SERTAI ALUMNI SK KAMPUNG SOEHARTO BAGI MERAIKAN JUBLI EMAS

ASSALAMUALAIKUM, SELAMAT SEJAHTERA........

BERIKUT ADALAH BUTANG BAGI PENGISIAN MAKLUMAT ALUMNI SK SUNGAI DUSUN @ SK KAMPUNG SOEHARTO

SILA TEKA LOGO DI BAWAH BAGI TUJUAN MENGISI 
MAKLUMAT NAMA, SESSI PERSEKOLAHAN DAN NO. TELEFON
YB DATO',  YB DATUK, DATIN-DATIN DAN TUAN PUAN SEKELIAN
UNTUK DIREKODKAN

BESAR HARAPAN KAMI AGAR 
JUBLI EMAS SEMPENA 50 TAHUN SEKOLAH INI DIBINA DAPAT DIRAIKAN



2 December 2015

TREKKING LATA MEDANG


Pada 23 Nov 2015 yang lalu, Kelab Rekreasi dan PJ telah mengadakan aktiviti hiking bertempat di Lata Medang, Kuala Kubu Bharu, Selangor. Lata Medang merupakan tempat yang bergitu popular dikalangan hakers dan merupakan tempat yang menarik untuk berkhemah dan menerokai hidupan flora dan fauna. Seramai 6 orang pelajar, 2 lelaki 4 perempuan beserta 5 orang guru dan seorang staff SKKS yang terlibat dalam aktiviti ini.

Ini merupakan aktiviti luar pertama yang dianjurkan oleh kelab ini. 










18 September 2015

MAJLIS PENUTUPAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2015



     18 September 2015 telah diadakan Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kebengsaan 2015 peringkat SKKS anjuran Pusat Sumber Sekolah bersama Panitia Bahasa Malaysia, Muzik, Pendidikan Seni Visual, Sejarah dan Sivik. Majlis telah dirasmikan oleh YB Datuk Hajah Rosni Bt Sohar di Dewan SKKS.

     Sepanjang Bulan Kebangsaan, SKKS telah mengadakan beberapa pertandingan melibatkan pelajar-pelajar SKKS seperti pertandingan mendeklemasikan sajak merdeka, pertandingan nyanyian berkumpulan merdeka, pertandingan mewarna merdeka dan banyak lagi. Pertandingan-pertandingan yang telah diadakan disambut baik oleh pelajar dengan penyertaan yang amat memberangsangkan. Dengan adanya pertandingan seperti ini, secara tidak lansung dapat memberikan persaingan yang sihat serta dapat mencungkil bakat pelajar-pelajar SKKS. Saringan peringkat akhir untuk pertandingan-pertandingan tersebut telah diadakan pada hari ini.

   Untuk majlis yang diadakan pada hari ini, majlis diserikan lagi dengan persembahan pakaian beragam merdeka dan pertandingan basikal berhias merdeka. SKKS ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa pelajar yang memberi komitmen untuk menyiapkan busana merdeka pelajar yang menarik serta cantik. Komitmen seperti ini harus dikekalkan oleh ibu bapa agar memberi semangat pada pelajar-pelajar agar lebih yakin dan bersemangat dalam apa jua yang diceburi.





BLOG AMALAN SUNNAH DALAM PdP