12 July 2015

RAMADHAN DI HAYATI, UKHUWAH YANG TERJALIN DI KUKUHKAN


...............10 Julai 2015 bersamaan 23 Ramadhan 1436 Hijrah, Sekolah Kebangsaan Kampung Soeharto menghayati Ramadhan dengan program bina Kad Hari Raya bagi mengukuhkan ukhuwah yang telah sedia ada.

...............Pada petangnya diadakan pula majlis tahlil dan Jamuan berbuka puasa anjuran Badan Kebajikan Sekolah Kebangsaan Kampung Soeharto. Pihak keluarga warga SKKS turut sama meraikan majlis jamuan tersebut. Pada majlis itu juga Badan Kebajikan mengambil kesempatan menyampaikan sedikit sumbangan kepada Cikgu Mukhyidi atas Ujian yang menimpa kepada anak beliau pada tahun ini.
En. Azhar memberikan ulasan

Penyampaian sumbangan oleh Guru Besar

...............Setelah solat maghrib, jamuan baru dimulakan, pelbagai hidangan di sajikan, antara makanan yang teristimewa pada hari tersebut ialah makanan eksotik iaitu buah durian yang di bawa oleh En. Razi dan Ustazah Sujanah. Mungkin itulah keistimewaan yang berbeza dibanding jamuan yang diadakan oleh pihak sekolah Kebangsaan Kampung Soeharto di tempat yang lain....


Gambar Hiasan

Durian antara makanan istimewa berbuka



10 March 2015

MAJLIS PENYERAHAN BANNER KECEMERLANGAN OLEH FELDA

Majlis telah diadakan pada 10 Mac 2015 dan penyerahan banner oleh En Azhari, Pegawai Felda Soeharto. Diharap pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR 2015 akan memperolehi keputusan yang baik dan membanggakan.




5 March 2015

KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN SKKS 2015

Tarikh : 5 Mac 2015
Hari : Khamis
Masa : 8:00 Pagi
Tempat : Padang SKKS

Majlis dimulakan dengan acara perbarisan kontijen rumah sukan terdiri daripada Rumah Garuda, Kenyalang, Cenderawasih dan Rajawali.



 Johan keseluruhan untuk kejohanan padang dan balapan skks bagi tahun 2015 sekali lagi dimenangi oleh rumah cenderawasih.







5 February 2015

KEJOHANAN MERENTAS DESA SKKS

Tarikh : 23 Jan 2015
Hari : Jumaat
Masa : 9 - 11 Pagi
Tempat : Sekitar Felda Kg. Soeharto


BLOG AMALAN SUNNAH DALAM PdP