30 October 2014

MAJLIS PENUTUP SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

Majlis penutup bulan kemerdekaan telah diadakan pada Hari Jumaat, 12 September 2014. Acara akhir yang dipertandingkan pada hari tersebut adalah bacaan sajak, nyanyian lagu patriotik, busana merdeka, kelas tercantik dan basikal tercantik mengikut tema merdeka. Acara yang dipertandingkan telah disambut baik dikalangan murid-murid SKKS. Diharapkan semangat seperti ini akan kekal pada tahun yang akan datang. Syabas diucapkan kepada warga SKKS kerana berjaya membuat majlis bulan kemerdekaan dengan sambutan yang cukup meriah.















5 September 2014

SEMOGA BERJAYA

Warga SKKS ingin mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan UPSR kepada pelajar tahun 6 SKKS. Semoga kalian dapat menghadapai peperiksaan tersebut dengan tenang dan perolehi kejayaan kelak. Good Luck!






Cayok! Cayok!

27 August 2014

KEM MOTIVASI TAHUN 6

Tarikh : 25 Ogos 2014
Hari : Isnin
Tempat : PKG Kg. Soeharto.

Pada hari isnin yang lalu, pihak sekolah telah mengadakan kem motivasi untuk pelajar tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Kem motivasi ini dibuat bertujuan memberi semangat kepada para pelajar agar lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan UPSR kelak. Diharap para pelajar tahun 6 2014 berjaya dalam peperiksaan tersebut. 







26 August 2014

SAMBUTAN HARI RAYA, PERASMIAN BULAN MERDEKA DAN PERASMIAN HARI MALAYSIA

Tarikh : 15 Ogos 2014
Hari : Jumaat
Tempat : Dewan SKKS

SKKS kali ini telah meraikan 3 sambutan serentak iaitu Sambutan Hari Raya, Perasmian Bulan Merdeka serta Hari Malaysia yang bakal disambut tidak lama lagi. Ini adalah kerana, Hari Raya jatuh pada bulan merdeka maka dengan itu, sambutan dijalankan serentak. Majlis telah dirasmikan oleh Pegawai PPD, Tuan Zainal Abidin b Mohd Yusof. Sebelum majlis, guru-guru SKKS bersama-sama bergotong royong untuk menyiapkan juadah untuk sambutan tersebut. Syabas diucapkan kepada guru-guru SKKS kerana berjaya membuat sambutan yang amat meriah.



Pakaian tercantik di Sambutan Hari Raya SKKS


Ucapan dari Guru Besar, En Azimi B Mohamad Yusuf
Ucapan dari Pegawai Pendidikan Daerah, Tuan Zainal Abidin B Mohd Yusuf
Penuh meja dengan biskut raya
Perutusan Perasmian yang telah disempurnakan oleh Tuan Zainal Abidin b Mohd Yusuf 
Acara memotong kek Hari Merdeka
Warga SKKS bersama-sama menyanyikan lagu patriotik
Cenderahati untuk Tuan Zainal Abidin b Mohd Yusuf
Masa untuk makan










25 August 2014

DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA

Tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 'Malaysia, Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta', dengan harapan perasaan kasih sayang terhadap negara kita ini akan terus menebal. Tema ini diambil dari lagu Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad bertajuk 'Warisan' dimana lirik lagu tersebut mampu menjadi suatu azimat buat diri kita sebagai rakyat Malaysia. 

Selamat Hari Merdeka dari warga SKKS.


Lagu Tema Kemerdekaan Tahun 2014 - Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
Logo Hari Kemerdekaan Tahun 2014 kali ke 57

BLOG AMALAN SUNNAH DALAM PdP