17 December 2014

KEPUTUSAN UPSR 2014

27 Nov 2014 
Keputusan UPSR 2014
2 orang murid SKKS perolehi 5A

Alhamdulillah..Tahniah kepada semua murid yang berjaya.. 
Terima kasih kepada semua guru di atas komitmen tinggi sepanjang tahun. 
Moga usaha ini berterusan pada masa akan datang~~


16 December 2014

KARNIVAL KOKURIKULUM SKKS 2014

Tarikh : 2 November 2014
Tempat : Sekolah Keb. Kg. Soeharto
Anjuran : Unit Kokurikulum SKKS

 Pada 2 November 2014, Unit Kokurikulum  telah mengadakan Karnival Kokurikulum. Program ini  melibatkan semua guru, staff dan murid-murid SKKS. Beberapa aktiviti telah dirancang sempena hari  tersebut seperti pertandingan kawad kaki unit berunifom, pertandingan memasak, susun tin, galah  panjang dan bermacam lagi aktiviti untuk murid-murid SKKS.


10 November 2014

MAJLIS KHATAM AL-QURAN SKKS

Tarikh : 7 November 2014
Tempat : Dewan SKKS
Anjuran : Panitia Pendidikan Islam Unit Kokurikulum SKKS




PERKHEMAHAN GABUNGAN UNIT BERUNIFORM

Tarikh : 24-26 Oktober 2014
Tempat : Teratak Bernam Riverview
Anjuran : Unit Kokurikulum Sek. Keb. Kg. Soeharto dan Sek. Keb. Gesir Tengah


Perkhemahan ini telah dijayakan oleh murid Tahun 6 SKKS dan SK Gesir Tengah. Seramai 86 orang murid tahun 6 telah mengikuti perkhemahan ini. Perkhemahan ini diadakan bertujuan untuk mendidik murid-murid percaya kepada diri sendiri dan sedar akan kemampuan diri. Melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan, mereka akan didedahkan dengan suatu persekitaran baru. Ia juga memberikan satu rasa dengan menanam sifat keberanian dan kepercayaan internal dan intrapersonal. Selain itu, merapatkan silaturahim antara dua buah sekolah yang mengikuti perkhemahan tersebut.



30 October 2014

MAJLIS PENUTUP SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

Majlis penutup bulan kemerdekaan telah diadakan pada Hari Jumaat, 12 September 2014. Acara akhir yang dipertandingkan pada hari tersebut adalah bacaan sajak, nyanyian lagu patriotik, busana merdeka, kelas tercantik dan basikal tercantik mengikut tema merdeka. Acara yang dipertandingkan telah disambut baik dikalangan murid-murid SKKS. Diharapkan semangat seperti ini akan kekal pada tahun yang akan datang. Syabas diucapkan kepada warga SKKS kerana berjaya membuat majlis bulan kemerdekaan dengan sambutan yang cukup meriah.















BLOG AMALAN SUNNAH DALAM PdP