26 March 2014

GOTONG ROYONG KECERIAAN KANTIN

Tarikh : 25 - 26 Mac 2014
Hari : Isnin & Selasa
Masa : 2 hari
Tempat : Kantin Sekolah


Guru-guru turut membantu.

Meja yang telah siap dilapik.

Kerjasama pengusaha kantin.
Gambar & Sumber: Cik Shazwin Ahmad Suhaimi

25 March 2014

KEM BAHASA INGGERIS

Tarikh : 24 - 25 Mac 2014
Hari : Isnin - Selasa
Masa : 2 hari
Tempat : Dewan Datuk Haji Mohamed Idris

Iron chef contest.
Berhenti rehat.
Gambar & Sumber: Cik Shazwin Ahmad Suhaimi

23 March 2014

TARIKH AKHIR HANTAR BORANG CUKAI E-FILING 2014 LHDN


Tarikh akhir hantar borang cukai e Filling 2014 LHDN. Seperti sedia maklum,  pembayar cukai kini boleh menggunakan sistem e-filing untuk taksiran cukai 2013 mulai 2 Mac 2014.  Tarikh akhir bagi penghantaran borang dan pembayaran cukai bagi borang E ialah pada 31 Mac, BE pada 30 April manakala B dan P pada 30 Jun. Bagi borang BT, M, MT, TP, TF dan TJ pula ialah pada 30 April untuk mereka yang tidak menjalankan perniagaan dan 30 Jun bagi yang menjalankan perniagaan.

Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai e-Filling 2014 LHDN

Borang E: 31 Mac 2014
(Borang Tiada punca perniagaan): 30 April 2014
(Borang Ada punca perniagaan): 30 Jun 2014

PERMOHONAN KEMASUKAN MURID TAHUN 1 DI SELANGOR 2015



Permohonan Kemasukan Murid Tahun Satu di Negeri Selangor (eSPPSel) boleh dibuat melalui Aplikasi  Atas Talian sahaja. Ibu bapa / penjaga boleh melakukannya sendiri melalui mana-mana komputer  yang ada capaian internet atau mendapatkan pertolongan dari pihak sekolah.   

Permohonan ini akan dibuka kepada orang ramai pada

01 Mac 2014 hingga 30 April 2014

melalui pautan perkara tersebut di laman sesawang Jabatan Pelajaran Selangor



Selepas tarikh tersebut permohonan akan ditandakan sebagai permohonan lewat dan tertakluk kepada akibat daripadanya.

22 March 2014

ROMBONGAN UNIT BIMBINGAN UNIT DAN KAUNSELING

Tarikh : 22 Mac 2014
Hari : Sabtu
Masa : 7.00 pg - 9.00 mlm
Tempat : Lembah Klang

Yayasan Restu.
Yayasan Restu

Muzium Shah Alam.

Mandi-mandi di Marina Putrajaya. Syoknye......


TENAGA KERJA KANTIN YANG BERDEDIKASI

TAHNIAH ATAS PENCALONAN KANTIN
KE PERTANDINGAN KECERIAAN KANTIN
PERINGKAT NEGERI.
SEMOGA BERJAYA.

Tenaga kerja kantin di bawah pengurusan En. Abdul Razak Badiuzzaman.

17 March 2014

PELANCARAN BULAN BAHASA MALAYSIA DAN PROGRAM NILAM

Tarikh : 17 Mac 2014
Hari : Isnin
Masa : 7.40 - 8.40 pg
Tempat : Dewan Datuk Hj. Mohamed Idris

Tuan Guru Besar, En. Norazimi  bersama Tn. Hj. Zuhaini (GPK HEM) dan En. Mohd Toha (GPK Kokurikulum)  memotong kek sebagai simbolik tanda perasmian pelancaran Bulan Bahasa Malaysia dan Program Nilam.

Tayangan video dikendalikan oleh En. Mohd Salim.

Persembahan murid Tahun 3.

Setiausaha Panitia Bahasa Malaysia, Pn. Marshella (tengah) bersama Guru Media, Cik Shazwin dan Setiausaha Pusat Sumber, Cik Siti Noorezlin memastikan program berjalan lancar.

Banner dan kek.

14 March 2014

PANDUAN KESIHATAN SEMASA JEREBU




Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil  yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Punca - Punca Jerebu

Punca utama jerebu adalah akibat daripada :
1.        Pembakaran Secara Terbuka
2.        Asap Dari Kilang
3.        Asap Dari Kenderaan

HINDARI DARIPADA PERBUATAN YANG BOLEH MENYEBABKAN JEREBU.

Indeks Pencemaran Udara (IPU)

IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-


Nilai IPU

Status
0 - 50
Baik
51 - 100
Sederhana
101 - 200
Tidak Sihat
201 - 300
Sangat Tidak Sihat
301 - 500
Berbahaya

Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah - Iangkah pencegahan.

JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-
1.        Kanak-kanak
2.        Orang tua
3.        Mereka yang mengalami penyakit
• asma
• bronkitis
• radang paru-paru
• penyakit paru-paru yang kronik
• jantung
• alahan
4.        Perokok
5.        Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.

Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan

Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:

• Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
• Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
• Mata terasa pedih dan berair.
• Hidung berair dan kerap bersin.
• Kulit badan terasa gatal-gatal.
• Terasa sakit dada.

Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.

CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-

Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.

Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.

Penutup hidung dan mulut ( mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dikenalpasti sebagai kumpulan berisiko tinggi.

Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.

Kurangkan aktiviti-aktiviti di luar rumah seperti sukan.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.

Gunakan kemudahan hawa dingin sekiranya menaiki  kenderaan anda.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak ( sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)

Sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya ,mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan keluar  dari  kawasan tersebut.


13 March 2014

DOA UNTUK PESAWAT MH370

DOA DAN HARAPAN UNTUK MH370
SEMOGA AHLI KELUARGA PENUMPANG & KREW 
TABAH MENGHADAPI SAAT YANG SUKAR INI
KAMI BERSAMA ANDA
# DOAKAN MH370





8 March 2014

SEMINAR INTERGRITI BERSAMA PPD HULU SELANGOR

Tarikh : 8 Februari 2014
Hari : Sabtu
Masa : 7.30 pg - 12.30 tgh
Tempat : Dewan SMK Kg Soeharto

Ceramah.
Kehadiran guru.

Bacaan Ikrar.

BLOG AMALAN SUNNAH DALAM PdP