Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel
kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata
kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara
semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila
partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya
boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini
mengurangkan jarak pandangan mata kasar.
Punca - Punca Jerebu
Punca - Punca Jerebu
Punca utama jerebu adalah akibat
daripada :
1.
Pembakaran Secara Terbuka
2.
Asap Dari Kilang
3.
Asap Dari Kenderaan
HINDARI DARIPADA PERBUATAN YANG BOLEH MENYEBABKAN JEREBU.
Indeks Pencemaran Udara (IPU)
Indeks Pencemaran Udara (IPU)
IPU diperolehi daripada pengukuran
habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh
menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen
dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara
dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-
Nilai IPU
|
Status
|
0 - 50
|
Baik
|
51 - 100
|
Sederhana
|
101 - 200
|
Tidak Sihat
|
201 - 300
|
Sangat Tidak Sihat
|
301 - 500
|
Berbahaya
|
Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar,
televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda
supaya dapat mengambil langkah - Iangkah pencegahan.
JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA
JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA
Keadaan jerebu yang berterusan
akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang
berisiko tinggi iaitu :-
1.
Kanak-kanak
2.
Orang tua
3.
Mereka yang mengalami penyakit
• asma
• bronkitis
• radang paru-paru
• penyakit paru-paru yang kronik
• jantung
• alahan
• asma
• bronkitis
• radang paru-paru
• penyakit paru-paru yang kronik
• jantung
• alahan
4.
Perokok
5.
Mereka yang sentiasa bekerja di
luar pejabat atau rumah.
Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada
jerebu termasuklah:
• Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
• Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
• Mata terasa pedih dan berair.
• Hidung berair dan kerap bersin.
• Kulit badan terasa gatal-gatal.
• Terasa sakit dada.
Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.
CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-
Mereka yang mengalami
penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau
penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika
keadaan penyakit bertambah buruk.
Mereka yang di dalam kumpulan
berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
Penutup hidung dan mulut ( mask)
hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di
luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang
dikenalpasti sebagai kumpulan berisiko tinggi.
Sejauh yang boleh, orang ramai
dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
Kurangkan aktiviti-aktiviti di
luar rumah seperti sukan.
Orang ramai dinasihatkan supaya
sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan
air bersih.
Gunakan kemudahan hawa dingin
sekiranya menaiki kenderaan anda.
Orang ramai dinasihatkan supaya
sentiasa meminum air yang banyak ( sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)
Sekiranya keadaan jerebu
berterusan pada tahap berbahaya ,mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan
keluar dari kawasan tersebut.
No comments:
Post a Comment