SELAMAT MENYAMBUT HARI MAULIDUR RASUL
KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA YANG BERAGAMA ISLAM
KHUSUSNYA WARGA SK KAMPONG SOEHARTO
Maulidur
Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari
bersejarah keputeraan Nabi Muhammad SAW. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan
Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith
riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571.
Baginda adalah nabi terakhir
yang diutus oleh Allah SWT. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai
satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap
tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis
memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW dengan mengadakan beberapa acara
seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan
yang akan dikurniakan oleh Allah SWT kepada mereka yang dapat mengadakan atau
menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita
dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan
Nabi Muhammad SAW, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi,
sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar
untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan
dikira amal soleh.
Jelas
kepada kita bahawa pembalasan Allah SWT terhadap kebaikan begitu
cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah
SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat
bersandar kepada Allah SWT, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan
hatinya hanya mengadu kepada Allah SWT dan mengharapkan pertolongan dan kasih
sayang Allah SWT.
Keberkatan mengadakan
Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu,
tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat
keberkatannya
No comments:
Post a Comment