SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA
KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA
Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan
persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada
tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun
kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi
membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa
isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan
pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga
dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo
Utara (kini Sabah) dan Sarawak.
Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena
hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri.
Walaupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia,
namun mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di
Malaysia.
No comments:
Post a Comment