Permohonan Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh 2014
Permohonan kemasukan ke Tingkatan Satu di Sekolah
Berasrama Penuh – SBP dan
kemasukan ke Tingkatan Empat di Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pendidikan
Malaysia telah dibuka mulai 1 September 2013.
Permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dikendalikan
oleh Bahagian Pengurusan Maklumat dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sekolah
Berasrama Penuh, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Cara Memohon SBP
Pelajar Darjah 6 atau Tahun 6 yang akan
menduduki UPSR 2013
boleh memohon Sekolah Berasrama Penuh – SBP.
Pelajar Tingkatan 3 yang
akan menduduki PMR 2013 boleh
memohon SBP.
Permohonan perlu dibuat secara online melalui Aplikasi Permohonan ke SBP dan
Sekolah Kawalan.
Pastikan maklumat yang dimasukkan adalah betul kerana
pengemaskinian tidak boleh dibuat setelah cetakan dibuat.
Tarikh Tutup
Permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh - SBP sesi 2014 akan ditutup pada 15 Oktober 2013.
Maklumat
Sebarang pertanyaan boleh juga diajukan kepada Bahagian
Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Aras 3, Blok
2251, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan atau telefon 03
8321 7400 atau faks 03 8321 7403/ 7402.
Pertanyaan boleh juga dibuat melalui Talian Khidmat
Pelanggan KPM di 03 7723 7070 atau emel kpkpm@moe.gov.my