31 December 2013

PROGRAM GOTONG ROYONG & BAYARAN DUIT BUKU SEKOLAH SESI 2014

Tarikh : 31 Disember 2013
Hari : Selasa
Masa : 8.30 pg - 1.00 ptg
Tempat : Dewan Tn. Hj. Mohd Idris
Ibu bapa penjaga sabar menunggu giliran pembayaran buku sekolah mengikut kelas yang ditetapkan.

Kesabaran guru-guru dan ibu bapa penjaga menjadikan sesi pembayaran buku sekolah berjalan lancar

PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 SESI 2014

Tarikh : 30 Disember 2013
Hari : Isnin
Masa : 9.00 pg - 12.00 tgh
Tempat : Dewan Datuk Haji Mohd Idris

Tn. Hj. Mohamed Zuhaini (GPK  HEM) menyampaikan ucapan.

Para ibu bapa penjaga bersama anak masing-masing mengikuti Program Transisi Sekolah sesi 2014.

24 December 2013

MESYUARAT GURU KALI PERTAMA / TAHUN 2014

Tarikh : 23 Disember 2013
Hari : Isnin
Masa : 8.30 pg - 12.30 tgh
Tempat : Bilik Wawasan

Tuan Guru Besar, En. Nor Azimi mempengerusikan mesyuarat.

Semua guru dan kakitangan sekolah terlibat dalam mesyuarat kali pertama ini.

SALAM TAKZIAH

AL-FATIHAH





Dengan ini dimaklumkan bahawa 
Syed Dzul Hanapiah bin Syed Kamaruzzaman,
Juruteknik Komputer SK Kampong Soeharto
telah kembali ke Rahmatullah 
pada hari Selasa, 10 Disember 2013 bersamaan dengan 6 Safar 1435H
disemadikan di Tanjung Tualang, Batu Gajah, Perak.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya
amin...

2 December 2013

HARI KEPUTERAAN SULTAN SELANGOR

DAULAT TUANKU

SEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA TUANKU

 


DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH AL-HAJ 
IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH AL-HAJ

D.K., D.M.N., D.K. (TERENGGANU), D.K. (KELANTAN), D.K. (PERAK), D.K. (PERLIS), D.K. (NEGERI SEMBILAN), D.K. (KEDAH), D.K. (JOHOR), S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.J.

SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN
SERTA SEGALA DAERAH TAKLUKNYA


Sembah Tahniah Dan Ucap Selamat Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang ke 68
Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor

Pada 11 Disember 2013 Bersamaan 8 Safar 1435

Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj merupakan Sultan Selangor ke-9 yang memerintah negeri Selangor sejak 21 November 2001 berikutan kemangkatan ayahanda baginda, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj.

Pertabalan.

Majlis pertabalan diadakan pada 22 November 2001 di Balairung Seri Istana Alam Shah, Klang. Tengku Idris Shah kini bergelar Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj. Istiadat pemasyhuran diraja turut dihadiri Tengku Panglima Diraja Selangor selaku Ketua Istiadat Diraja. Lain-lain ialah Tengku Sulaiman Shah; Tengku Aris Temenggong, Tengku Muhamad Yusuf Shah dan Orang Kaya To' Engku Maha Bijaya Hulu Langat, Datuk Abdul Rani Datuk Shamsuddin. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo membacakan pengisytiharan pemasyhuran di bawah 30 (2) Bahagian 1, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959. Tengku Idris Shah sebagai Sultan Melayu pertama menaiki takhta tanpa mempunyai permaisuri sejak negara mencapai kemerdekaan.

Turut hadir ketika itu ialah bekas Raja Permaisuri Agong, Tuanku Aishah binti Abdul Rahman dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Majlis ini disiarkan secara langsung menerusi RTM.

Latar belakang.

Baginda lahir pada 24 Disember 1945 di Istana Jemaah, Klang hasil pernikahan Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj dengan Raja Nor Saidatul Ehsan Tengku Badar Shah. Istana Jemaah kini ditukar menjadi Kolej Islam Sultan Alam Shah.

Baginda adalah anak sulung. Adik-beradik yang lain ialah Tengku Puteri Sofiah, Tengku Sulaiman Shah (Tengku Panglima Diraja Selangor), Tengku Puteri Seri Zanariah, Tengku Abdul Samad Shah (Tengku Panglima Besar), Tengku Puteri Arafiah dan Tengku Puteri Aishah.

Tahun 1968 berkahwin dengan Raja Zarina Raja Tan Sri Zainal. Puteri baginda bernama Tengku Zerafina (1969) dan Tengku Zatashah (1973).

Setelah berpisah pada 1986 , baginda berkahwin dengan Puan Nur Lisa Idris binti Abdullah warga Amerika Syarikat pada tahun 1988 tetapi berpisah pada 1997. Baginda mempunyai seorang putera, Tengku Amir Shah.

20 November 2013

KHUTBAH SEMPENA CUTI SEKOLAH

KHUTBAH SEMPENA CUTI SEKOLAH

الحمد لله الذى اكمل لنا الدين و أتم علينا النعمة ورضي لنا الاسلام دينا
* أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمداً عبده ورسوله  * اللهم صلي وسلم على نبينا محمد وعلى آله واصحا به اجمعين * اما بعد * فيا أيها المسلمون أوصيكم ونفسي بتقوى الله ، فإن في تقوى الله سعادة الدنيا والآخرة ، حيث قال تعالى
{يا أيها الذين آمنوا اتقوا الله وقولوا قولاً سديداً * يصلح لكم أعمالكم ويغفر لكم ذنوبكم ومن يطع الله ورسوله فقد فاز فوزاً عظيماً}.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,
Marilah pada kesempatan  yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan ini, kita tingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT. Kita laksanakan segala suruhan dan titah perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Kita dukung dan sokong mereka yang berjuang untuk menegakkan syariat-Nya dan kita hindarkan diri daripada mereka yang menentang hukum-hakam-Nya. Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan orang yang berjaya di dunia dan di akhirat kelak.

Sidang Jemaah sekalian,
Cuti akhir tahun persekolahan anak-anak kita muncul semula, yang bertujuan untuk memberikan ruang kerehatan kepada murid-murid sekolah yang telah setahun mengharungi hari-hari persekolahan mereka sebelum mereka menyambung semula ke kelas yang baru pada tahun hadapan. Cuti akhir tahun ini, merupakan satu cuti yang panjang lebih daripada sebulan. Justeru itu, ia perlu diuruskan dengan baik oleh semua terutamanya ibu bapa, agar cuti ini tidak berlalu sia-sia tanpa memberikan apa-apa manfaat kepada anak-anak kita, bahkan yang lebih teruk lagi, sekiranya ia lebih memberikan keburukan dan kerosakan akhlak kepada mereka. Wal’iyazubillah.

Sidang Jemaah sekalian,
Sebagai orang yang beriman, yang mempunyai pegangan agama yang benar dan sempurna, sudah tentulah kita tidak patut membiarkan masa cuti ini berlalu dengan pengisian penuh lagha untuk diri kita, anak-anak kita dan kelurga kita. Firman Allah SWT dalam surah Al-Furqan , ayat 72 bermaksud;

dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) Yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara Yang dilarang, dan apabila mereka bertembung Dengan sesuatu Yang sia-sia, mereka melaluinya Dengan cara membersihkan diri daripadanya.

Kita amat bimbang, jika sekiranya kita membiarkan sahaja anak-anak kita mengharungi cuti panjang ini tanpa kegiatan yang memberikan faedah dan manfaat kepadanya, atau membiarkan sahaja mereka melakukan perbuatan lagha atau sia-sia, apatah lagi sehingga mereka terjebak dalam gejala sosial lagi mungkar ataupun melakukan perbuatan jenayah jalanan yakni jenayah kecil-kecilan . Justeru itu, mimbar pada hari ini ingin menyeru kepada umat Islam seluruhnya agar ingat dan sedar untuk menjauhkan diri daripada tergolong di kalangan orang-orang yang lalai.

Marilah sama-sama kita renung suatu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi, pesanan baginda SAW yang bermaksud; Kedua-dua kaki seorang hamba itu tidak akan berganjak di padang mahsyar kelak, sehingga dipertanyakan tentang umurnya, bagaimana ia dihabiskan, tentang ilmunya apa yang dilakukan dengannya, tentang hartanya dari mana ia diperoleh dan ke mana ia dibelanjakan dan tentang jasmaninya, di mana ia pergunakannya.


Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna berpesan; Kewajipan kita lebih banyak daripada masa kita, maka sepatutnya tidak ada satu saat pun kita biarkan berlalu tanpa faedah. Ambillah kesempatan daripada program-program yang dianjurkan oleh pelbagai pihak daripada kem motivasi, kelas-kelas fardhu ain, kelas tusyen tambahan, ceramah dan kuliah, program percambahan minda, summer camp, lawatan-lawatan sosial sambil belajar dan banyak lagi yang dapat kita isikan untuk anak-anak kita. Janganlah kita kedekut dengan wang ringgit untuk mengisi masa lapang mereka dengan perkara yang berfaedah.


Setelah hampir setahun anak-anak di bawah didikan guru, tibalah masanya mereka mendapat didikan secara langsung daripada ibu bapa dan pendidikan yang paling utama ialah pendidikan sembahyang dan pergaulan sesama sendiri. Sabda Rasulallah SAW dalam satu hadis riwayat Abu Daud, Imam Ahmad dan Al-Hakim ;

مروا أولادكم بالصلاة وهم أبناء سبع سنين واضربوهم عليها وهم أبناء عشر سنين وفرقوا بينهم في المضاجع

Perintahkan anak-anakmu mengerjakan sembahyang bila mereka berumur 7 tahun dan pukullah mereka bilamana tidak mahu  mengerjakan sembahyang semasa berusia 10 tahun dan pisahkanlah mereka yakni anak lelaki dan perempuan di tempat tidur

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Perkara kedua yang berlaku semasa musim cuti sekolah ialah majlis-majlis walimah dan resepsi perkahwinan. Apabila tiba waktu persekolahan, maka bertempek-tempeklah kad jemputan datang. Perkahwinan adalah suatu yang disyariatkan kerana Islam adalah agama yang menentang kerahiban. Firman Allah SWT dalam surah An-Nur ayat 32;

dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang Yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha mengetahui.

Perkahwinan adalah suatu perintah Allah dan Rasul-Nya dan ia menjadi ibadat yang diberikan pahala yang banyak jika sekiranya ia dilaksanakan berdasarkan hukum syara’ tanpa bercampur baur dengan perkara maksiat. Perkahwinan akan menutup seribu pintu kemaksiatan dan membuka sejuta peluang kebajikan. Dua rakaat solat orang yang beristeri adalah lebih baik daripada 70 rakaat solat orang bujang. Mandi junub kerana bersama suami atau isteri itu dapat menghapuskan dosa. Kesusahan menguruskan rumahtangga menjadi kaffarah bagi isteri. Dan banyak lagi peluang yang ada natijah dari perkahwinan.

Sidang Jemaah yang dikasihi sekalian,
Mengadakan majlis walimah adalah suatu yang dituntut oleh syara’. Demikian pendapat para ulama yang disimpulkan semuanya oleh Ibnu Qudamah, rahimahullah dengan katanya: “Tiada perbezaan pendapat di antara ahli ilmu, bahawasanya hukum walimah di dalam majlis perkahwinan adalah sunnah dan disyari’atkan (sangat dituntut), bukannya wajib.”  Dalam satu hadis riwayat Imam Bukhari ketika Rasulallah memberikan respons kepada sahabatnya Abdul Rahman yang baru menikah, sabdanya; “Semoga Allah memberkatimu, adakanlah walimah walau pun hanya dengan menyembelih seekor kambing”.

Namun, dalam mengadakan majlis-majlis walimah dan resepsi perkahwinan ini terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian;

1. Pastikan majlis walimah itu tidak hanya mengundang orang-orang kaya dan ternama sahaja dengan meninggalkan orang yang miskin yang dirasakan sumbangannya tidak banyak. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, Sejahat-jahat jamuan ialah jamuan walimah (perkahwinan) yang mengundang orang-orang kaya dan meninggalkan orang-orang yang fakir. (riwayat Bukhari & Muslim). Memberikan sumbangan adalah bentuk tolong menolong yang dituntut sebagaimana para sahabat Rasulallah SAW pernah memberikan sumbangan untuk perkahwinan Safiyyah. Tetapi mengira-ngira sumbangan sipolan berapa ringgit, aku dulu menyumbang sekian ringgit, dapat sekian ringgit jauh daripada pahala sedekah, bertentangan dengan konsep ta’awun dalam Islam serta merosakkan ikhlas.

2. Islam tidak melarang berhibur ketika majlis walimah kerana Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, “Beritahulah kepada orang ramai akan nikah ini dengan pukulan gendang dan rebana”. (riwayat Ibnu Majjah). Para sahabat dan salafussoleh juga mengadakan bunyi-bunyian dalam majlis walimah mereka. Tetapi, pastikan lagu yang dipasang bukan lagu-lagu dan muzik yang lagha, karaoke yang mengundang fitnah, dengan suara anak gadis remaja yang tergedik-gedik, persembahan kugiran yang bercanggah dengan akhlak dan syariat Islamiah. Apatah lagi mengadakan joget-joget lambak, majlis muda-mudi dan pelbagai lagi majlis maksiat. Ingat, perkara ini akan menyebabkan ibadah walimah menjadi sia-sia bahkan dilaknat oleh Allah, Rasul-Nya dan Para Malaikat. Wal’iyazubillah.

3. Sudah menjadi adat manusia di mana-mana bahagian dunia, akan menggandingkan pengantin lelaki dan perempuan yang kita kenali sebagai upacara persandingan. Islam adalah agama fitrah yang mengiktiraf adat resam yang tidak bertentangan dengan syarak. Tetapi harus diingat, jangan majlis persandingan itu menjadi majlis mempertontonkan aurat dan kecantikan tabarruj yang haram, persandingan yang penuh khurafat dan upacara karut-marut, persandingan yang berlakunya perkara mungkar. Adakah patut andam lelaki yang haram menyentuh wanita ajnabi menghias pengantin perempuan ? Adakah menepati hukum syara’ seorang pengantin perempuan berinai bertatu dipertontonkan kepada orang ramai sedangkan perhiasan adalah untuk suaminya sahaja. Justeru itu adalah lebih baik jika gandingan bride and groom dengan penuh kesederhanaan dan untuk keluarga terdekat sahaja.

4. Hormatilah waktu solat. Apakah tuan-tuan fikir patut bagi majlis perarakan pengantin dengan gegak gempita kompang diadakan ketika bilal sedang mengumandangkan azan? Alangkah lebih baik jika rombongan pengantin menunaikan dahulu kewajipan kepada Allah dengan bersolat jamaah di masjid sebelum diarak ke rumah pengantin perempuan. Apa akan jadi kepada generasi yang membina alam rumahtangga mereka dengan melanggar wakto solat? Tepuk dada tanyalah iman masing-masing.

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah sekalian,
Mimbar pada hari ini menyeru kita semua agar kita dapat memberikan sumbangan dengan menyediakan generasi kita generasi taqwa bersandarkan al-Quran dan Assunnah. Selamat bercuti kepada anak-anak sekalian, semoga Allah memberikan petunjuk kepada kamu. Selamat pengantin baru kepada pendiri masjid sekalian, semoga Allah memberkati kehidupan kamu.

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

dan tidak ada Yang lebih baik perkataannya daripada orang Yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal Yang soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya Aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!” Surah Fussilat :33.

با رك الله لى ولكم بالقرأن العظيم ونفعنى واياكم بما فيه من الايات والذكر الحكيم.
وتقبل منى ومنكم تلا وته انه هو السميع العليم. اقول قولى هذا واستغفر الله العظيم لى ولكم ولسائر المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤ منات, فاستغفروه انه هو الغفور الرحيم.



14 November 2013

SELAMAT BERCUTI & HAPPY HOLIDAY...

SELAMAT BERCUTI DIUCAPKAN KEPADA
SEMUA MURID SELURUH MALAYSIA
KHUSUSNYA MURID-MURID 
SK KAMPONG SOEHARTO

16 November 2013 - 2 Januari 2014



KUNJUNGI TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI HULU SELANGOR
SEMPENA CUTI PERSEKOLAHAN INI...

13 November 2013

HARI TERAKHIR PERSEKOLAHAN

Tarikh : 15 November 2013
Hari : Jumaat
Masa : 11.00 pg - 12.00 tgh
Tempat : Dewan Datuk Haji Mohd Idris

Siti Hajar Maryam dan Subha selaku murid cemerlang UPSR tahun ini.

Perhimpunan terakhir sebelum berakhirnya sesi persekolahan pada tahun ini.

Hadiah kecemerlangan UPSR daripada YDP PIBG, En. Haris.

Hadiah kecemerlangan UPSR sumbangan pengusaha kantin, En. Abdul Razak.

KEPUTUSAN UPSR

Tarikh : 14 November 2013
Hari : Khamis
Masa : 11.00 pg - 1.00 ptg
Tempat : Anjung Budi (Astaka)



Guru Penyelaras Tahun 6, En. Abdul Salim memberikan ucapan sebelum penyerahan slip keputusan UPSR kepada murid-murid.

Pelajar cemerlang 5A, Siti Hajar Maryam bt Samuri.

Pelajar cemerlang 5A, Subha a/p Arumugan.

9 November 2013

MAJLIS HARI ANUGERAH MURID CEMERLANG

Tarikh : 12 November 2013
Hari : Selasa
Masa : 8.15 pg - 1.00 tgh
Tempat : Dewan Datuk Haji Mohd Idris

Perasmian disempurnakan oleh YB Datuk Rosni bt Sohar (ADUN Hulu Bernam).

Datuk Rosni menyampaikan anugerah Tokoh Murid kepada Siti Hajar  Maryam bt Samuri.

Sekitar berlangsungnya Hari Anugerah Murid Cemerlang SKKS.

Murid-murid ceria sepanjang majlis berlangsung.

PERSIAPAN DAN RAPTAI HARI ANUGERAH MURID CEMERLANG

Tarikh : 11 November 2013
Hari : Isnin
Masa : 8.00 pg - 12.30 tgh
Tempat : Dewan Datuk Haji Mohd Idris

Ketua Protokol SKKS, En. Abdul Salim Abdul Kadir memberi tunjuk ajar kepada bakal penerima hadiah tentang cara-cara menerima hadiah dengan betul.

Guru-guru sibuk membuat persiapan pentas menjelang Hari Anugerah Kecemerlangan sekolah.

Persiapan Hari Anugerah turut dibantu sepenuhnya oleh pekerja-pekerja swasta sekolah.

PROGRAM PELUPUSAN BUKU TEKS

Tarikh : 8 November 2013
Hari : Jumaat
Masa : 10.00 pg - 12.00 tgh
Tempat : Bilik SPBT SKKS
Ketua SPBT, Pn. Sujanah bersama Pn. Noreha memeriksa buku teks Agama Islam yang ingin dilupuskan.

Pekerja kontrak pelupusan buku teks membawa buku teks.


Buku-buku teks Agama Islam dimasukkan ke dalam lori untuk proses pelupusan sambil diperhatikan oleh Pegawai PPD, En. Rashidi.

31 October 2013

SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM 1435H

SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM
KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA
KHUSUSNYA WARGA SK KG SOEHARTO

5 NOVEMBER 2013
( 1 MUHARRAM 1435H )


Kalendar Islam bagi sandaran umat Islam adalah Takwim Hijrah atau Takwim Islam. Ianya merupakan takwim yang digunakan secara meluas di kebanyakan negara umat Islam untuk menentukan hari kebesaran Islam. Kalendar ini merupakan kalendar lunar (berasaskan bulan), dan mempunyai kira-kira 355 hari dalam setahun.Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah adalah hasil dari ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khatab r.a. Ini adalah rentetan dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya. Riwayat juga mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-Asy’ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a meminta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya.Bermula daripada peristiwa itulah Saidina Umar memerintahkan satu kalendar / taqwim Islam yang khas diwujudkan untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu. Peristiwa ini juga pencetus kepada penyusunan takwim berdasarkan falak syar’ie.

Sebelum kemunculan kalendar Islam ini di kalangan bangsa Arab sendiripun ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah.
Maka Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar taqwim Islam.

Walaupun tahun yang dipilih adalah tahun hijrah, ianya mencatatkan peristiwa hijrah berlaku pada bulan yang lain selain Muharram namun kalender Islam meletakkan awal bulan kalender hijrah itu sebagai awal Muharram ini kerana kemuliaan yang ada pada bulan ini di sisi orang Arab lebih-lebih lagi di sisi Allah.

Kalendar ini juga mengambil peristiwa hijrah Rasullullah s.a.w dari Makkah ke Madinah. Ini adalah kerana dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan. Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu.
Di antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitulmuqaddis pula dibebaskan dari Rom dan Masjid Al Aqsa dibangunkan.
Perbandingan kalendar juga telah dibuat oleh Umar,setelah Umar membandingkan kalendar tersebut dengan kalendar-kalendar Persia dan Romawi, didapati bahawa kalendar ini ternyata lebih baik dan bersistematik. Maka dengan itu pengisytiharaan Kalendar Tahun Hijrah adalah Kalendar / Taqwim Islam yang rasmi.

Sebab-sebab berlaku Hijrah
Ia bagi mengurangkan tekanan yang dialami baginda Rasulullah terhadap serangan bertubi-tubi puak musuh di kalangan masyarakat Arab Jahiliyyah yang tidak senang dengan Islam yang diperkenalkan oleh baginda Rasulullah s.a.w.

Atas dasar itu Allah SWT memerintahkan baginda dan seluruh umat Islam yang masih berada di bumi Mekah supaya meninggalkan tempat itu dan menuju ke kota Madinah.
Bagi yang mengingkari arahan supaya berhijrah ke Madinah, mereka dijanjikan dengan neraka dan ditimpakan dengan siksaan yang amat pedih dari sisi Allah sepertimana yang ditegaskan Allah menerusi firman-Nya dalam ayat 97 surah an-Nisaa yang bermaksud :
“Sesungguhnya orang-orang yang diwafatkan malaikat dalam keadaaan menzalimi diri mereka sendiri, (kepada mereka) malaikat bertanya : Dalam keadaan bagaimana kamu ini? Mereka menjawab : Kami adalah orang-orang yang tertindas di negeri kami sendiri (Mekah). Para malaikat berkata : Bukankah bumi Allah itu luas hingga kamu dapat berhijrah di bumi itu? Orang-orang itu tempatnya neraka Jahannam, dan ia seburuk-buruk tempat kembali.”

SELAMAT HARI DEEPAVALI

SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI
KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA 
KHUSUSNYA MURID-MURID SK KG SOEHARTO
YANG BERAGAMA HINDU

3 NOVEMBER 2013


Deepavali  adalah dalam Agama Hindu bererti "Festival Cahaya". Festival ini melambangkan kemenangan baik atas buruk, dan lampu dinyalakan sebagai tanda perayaan serta harapan umat manusia. Perayaan ini terfokus pada lampu dan cahaya, terutama pada lampu "diya" tradisional. Kembang api juga turut dipergunakan dalam festival ini dalam beberapa bahagian negara.

Deepavali dirayakan selama lima hari berturut-turut dalam kalendar Hindu bulan "Ashwayuja". Biasanya ini terjadi dalam bulan Oktober atau November, dan merupakan salah satu festival terpopular dan paling ditunggu-tunggu di India. Umat Hindu, Jain, dan Sikh sama-sama menganggap festival ini sebagai perayaan hidup dan menggunakan perayaan ini untuk memperkuat tali persaudaraan antara keluarga dan teman. Untuk umat Jain, ini juga adalah salah satu festival terpenting, dan menandai dimulainya tahun Jain. Perayaan ini juga termasuk festival penting bagi umat Sikh.

ACARA AKHIR HARI SUKAN SKKS

Tarikh : 31 Oktober 2013
Hari : Khamis
Masa : 8.00 pg - 1.00 ptg
Tempat : Padang sekolah

Banner Hari Sukan di pintu masuk sekolah.


Wakil murid menyampaikan ikrar sukan.

Pasukan perbarisan Rumah Kenyalang melakukan kawad kaki dengan penuh semangat.

RAPTAI HARI SUKAN

Tarikh : 29 & 30 Oktober 2013
Hari : Selasa & Rabu
Masa : 8.30 - 11.00 pg
Tempat : Padang sekolah

Raptai Hari Sukan berlangsung dengan lancar.

28 October 2013

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA

Tarikh : 28 Oktober 2013
Hari : Isnin
Masa : 8.00 - 9.00 pg
Tempat : Dewan Datuk Haji Mohd Idris

Cik Siti Noorezlin mengagihkan buku-buku bacaan kepada murid-murid.

Kem membaca ini bertujuan memupuk minat murid untuk membaca bagi menambahkan ilmu pengetahuan.

24 October 2013

KURSUS LADAP: KURSUS PENGENALAN PROGRAM INKLUSIF

Tarikh : 29 Oktober 2013
Hari : Selasa
Masa : 2.30 - 4.30 ptg
Tempat : Bilik Wawasan
Penceramah : Tn. Haji Ahmad b Haji Ali

Tn. Haji Ahmad menyampaikan ceramah ladapnya.

22 October 2013

MAJLIS KHATAM AL-QURAN TAHUN 6

Tarikh : 25 Oktober 2013
Hari : Jumaat
Masa : 8.00 pg - 12.00 tgh
Tempat : Dewan Datuk Haji Mohd Idris


Murid-murid Tahun 6 khusyuk membaca Al-Quran.
Majlis berlangsung dengan lancar.

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengurus Felda Kg. Soeharto, En. Azhari b Mohd Said.

KURSUS LADAP: SARANA IBU BAPA

Tarikh : 24 Oktober 2013
Hari : Khamis
Masa : 2.30 - 5.00 ptg
Tempat : Bilik Wawasan
Penceramah : En. Samuri Salikun

En. Samuri Salikun menyampaikan ceramah sarana kepada warga SKKS.


ACARA AKHIR PADANG HARI SUKAN

Tarikh : 24 Oktober 2013
Hari : Khamis
Masa : 8.00 - 11.30 tgh
Tempat : Padang Sekolah

Acara akhir lontar peluru dikendalikan oleh En. Abdul Salim, Pn. Rohaya dan Ustaz Faisal.

Peserta lompat tinggi menunjukkan aksi dalam acara akhir di bawah kendalian En. Ahmad Bustomi.

SUKANTARA HARI SUKAN

Tarikh : 22 & 23 Oktober 2013
Hari : Selasa & Rabu
Masa : 8.00 - 10.30 pg
Tempat : Padang Sekolah

Setiausaha sukan, En. Nik Jazwiri memberi taklimat kepada semua murid sebelum acara sukantara bermula.

En. Samuri melepaskan murid-murid rumah Garuda dalam acara sukantara 100 meter.

En. Fared Salam dan Cik Siti Noorezlin mengendalikan acara sukantara lompat jauh sambil diperhatikan oleh guru penasihat Rumah Kenyalang iaitu Ustaz Faisal dan Puan Noreha.

BLOG AMALAN SUNNAH DALAM PdP