MASA : 7.30 PAGI
TARIKH : 6HB MAC 2016
HARI : AHAD
TEMPAT : PADANG SKKS
Berkat kesungguhan, usaha keras
dan semangat tolong-menolong antara seluruh warga SKKS, Kejohan Padang dan Balapan 2016 kali ke-46 telah diadakan dengan jayanya. Para guru, kakitangan, AJK PIBG serta ibubapa
telah bekerjasama bagi menjayakan kejohanan pada tahun ini. Pihak
sekolah telah mengadakan Kejohanan Padang dan Balapan di padang Sekolah Kebangsaan Kampung
Soeharto pada hari Ahad, 6 Mac 2016.
Acara
bermula jam 8.00 pagi dengan berkumpulnya para tetamu dan sarapan. Setelah itu,
acara perbarisan dimulakan. Acara perbarisan diketua oleh Muhammad Ihtisyam B.
Mohd Sahad dari rumah Rajawali (merah). Diikuti upacara menaikkan bendera serta bacaan ikrar kejohanan.
Setelah
acara perbarisan tamat, acara sukan bermula. Pihak sekolah ingin
menyeimbangkan antara akademik, sahsiah dan juga kesihatan diri murid.
Keseimbangan ini dapat memenuhi sasaran visi, misi dan falsafah pendidikan. Kejohanan Padang dan Balapan 2016 telah dirasmikan oleh YB Datuk Mohd. Isa bin Abu Kasim. Beliau merupakan Adun BN/UMNO kawasan batang
kali dan merupakan ahli lembaga FELDA.
Perasmian Kejohanan Padang dan Balapan disempurnakan oleh YB Datuk Mohd. Isa bin Abu Kasim |
Olahragawan, Putra Ahmad Danial |
Olahragawati Nur Alia Natasha |
Antara acara yang dipertandingkan
adalah acara lari 50m, 80m, 100m, 200m, 4x50m, 4x100m, 4x200m, lompat jauh,
lompat tinggi, tarik tali serta acara khas KSSR dan Prasekolah. Terdapat juga
acara keluarga yang melibatkan ibu bapa dan AJK PIBG. Acara bermula jam 9 pagi dan
tamat pada jam 1.30 petang. Setelah itu, acara penyampaian hadiah bermula dan
hadiah diberikan kepada pemenang untuk setiap acara. Akhir sekali, telah
diumumkan bahawa rumah Cenderawasih (rumah biru) telah menjadi juara
keseluruhan untuk Kejohanan Padang dan Balapan SKKS 2016.
Johan keseluruhan rumah dimenangi oleh Rumah Cenderawasih |
Sekalung
terima kasih diucapkan kepada semua warga SKKS yang menjayakan temasya sukan
kali ini. Semoga pada masa akan datang, penambahbaikan dapat dilakukan dan kerjasama
ini dapat mengeratkan lagi perhubungan antara pihak sekolah, AJK PIBG dan ibubapa.
Tahniah diucapkan kepada para murid sama ada yang menang ataupun yang kalah,
kerana kita telah menang dalam berusaha. Semoga Allah memberi ganjaran dalam semua
usaha kita. Amin.