7 November 2016

MAKLUMAN KEMPEN KESELAMATAN KANAK-KANAK " SAHABAT BIJAK : SAFE & PROTECT "


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Program Kempen Keselamat Kanak-Kanak " Sahabat Bijak: Safe & Protect" yang dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor dengan peruntukan daripada Pasukan Pelindung Kanak-Kanak Negeri Selangor dengan kerjasama Agensi-agensi seperti PDRM, Bomba dan Penyelamat, AADK, SKMM akan di adakan pada butiran seperti berikut:

Tarikh : 15hb November 2016
Hari     : Selasa
Masa    : 7:40 pagi hingga 1:00 petang
Tempat : SK Kampung Soeharto

Semua murid dan warga SKKS, jangan lepaskan peluang menghadiri kempen ini kerana SK Kampung Soeharto adalah satu-satunya sekolah yang terpilih di Daerah Hulu Selangor untuk mengadakannya..

Pesanan saya semasa program, jagalah disiplin dan utamakan keselamatan, dan jika ada telefon yang dimiliki telah rosak, bawa ketika program dan tukar dengan cenderamata daripada SKMM.

Bagi ibu bapa dan penjaga berkenaan yang mahu mendapatkan kad OKU disamping menjaga kemashlahatan anak-anak silalah tampil ke tempat progam bagi membuat pendaftaran dengan JKM.

Moga Program berjalan lancar dan memberi manfaat bersama...

#Daripada GB SKKS

9 March 2016

KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN SKKS 2016


MASA : 7.30 PAGI
TARIKH : 6HB MAC 2016
HARI : AHAD
TEMPAT : PADANG SKKS


       Berkat kesungguhan, usaha keras dan semangat tolong-menolong antara seluruh warga SKKS, Kejohan Padang dan Balapan 2016 kali ke-46 telah diadakan dengan jayanya. Para guru, kakitangan, AJK PIBG serta ibubapa telah bekerjasama bagi menjayakan kejohanan pada tahun ini. Pihak sekolah telah mengadakan Kejohanan Padang dan Balapan di padang Sekolah Kebangsaan Kampung Soeharto pada hari Ahad, 6 Mac 2016.

       Acara bermula jam 8.00 pagi dengan berkumpulnya para tetamu dan sarapan. Setelah itu, acara perbarisan dimulakan. Acara perbarisan diketua oleh Muhammad Ihtisyam B. Mohd Sahad dari rumah Rajawali (merah). Diikuti upacara menaikkan bendera serta bacaan ikrar kejohanan.






      Setelah acara perbarisan tamat, acara sukan bermula. Pihak sekolah ingin menyeimbangkan antara akademik, sahsiah dan juga kesihatan diri murid. Keseimbangan ini dapat memenuhi sasaran visi, misi dan falsafah pendidikan. Kejohanan Padang dan Balapan 2016 telah dirasmikan oleh YB Datuk Mohd. Isa bin Abu Kasim. Beliau merupakan Adun BN/UMNO kawasan batang kali dan merupakan ahli lembaga FELDA.
Perasmian Kejohanan Padang dan Balapan disempurnakan oleh
YB Datuk Mohd. Isa bin Abu Kasim 

Olahragawan, Putra Ahmad Danial
Olahragawati Nur Alia Natasha
       Antara acara yang dipertandingkan adalah acara lari 50m, 80m, 100m, 200m, 4x50m, 4x100m, 4x200m, lompat jauh, lompat tinggi, tarik tali serta acara khas KSSR dan Prasekolah. Terdapat juga acara keluarga yang melibatkan ibu bapa dan AJK PIBG. Acara bermula jam 9 pagi dan tamat pada jam 1.30 petang. Setelah itu, acara penyampaian hadiah bermula dan hadiah diberikan kepada pemenang untuk setiap acara. Akhir sekali, telah diumumkan bahawa rumah Cenderawasih (rumah biru) telah menjadi juara keseluruhan untuk Kejohanan Padang dan Balapan SKKS 2016.
Johan keseluruhan rumah dimenangi oleh Rumah Cenderawasih

      Sekalung terima kasih diucapkan kepada semua warga SKKS yang menjayakan temasya sukan kali ini. Semoga pada masa akan datang, penambahbaikan dapat dilakukan dan kerjasama ini dapat mengeratkan lagi perhubungan antara pihak sekolah, AJK PIBG dan ibubapa. Tahniah diucapkan kepada para murid sama ada yang menang ataupun yang kalah, kerana kita telah menang dalam berusaha. Semoga Allah memberi ganjaran dalam semua usaha kita. Amin.

4 March 2016

BARISAN AJK PIBG SKKS BAGI TAHUN 2016



Jutaan Terima Kasih kepada AJK PIBG tahun 2015
JASA TUAN PUAN KAN TETAP DI KENANG.........

16 January 2016

MARI SERTAI ALUMNI SK KAMPUNG SOEHARTO BAGI MERAIKAN JUBLI EMAS

ASSALAMUALAIKUM, SELAMAT SEJAHTERA........

BERIKUT ADALAH BUTANG BAGI PENGISIAN MAKLUMAT ALUMNI SK SUNGAI DUSUN @ SK KAMPUNG SOEHARTO

SILA TEKA LOGO DI BAWAH BAGI TUJUAN MENGISI 
MAKLUMAT NAMA, SESSI PERSEKOLAHAN DAN NO. TELEFON
YB DATO',  YB DATUK, DATIN-DATIN DAN TUAN PUAN SEKELIAN
UNTUK DIREKODKAN

BESAR HARAPAN KAMI AGAR 
JUBLI EMAS SEMPENA 50 TAHUN SEKOLAH INI DIBINA DAPAT DIRAIKAN



BLOG AMALAN SUNNAH DALAM PdP