DAULAT TUANKU
SEMOGA ALLAH LANJUTKAN
USIA TUANKU
DULI YANG MAHA MULIA
SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH AL-HAJ
IBNI ALMARHUM SULTAN
SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH AL-HAJ
D.K., D.M.N., D.K.
(TERENGGANU), D.K. (KELANTAN), D.K. (PERAK), D.K. (PERLIS), D.K. (NEGERI
SEMBILAN), D.K. (KEDAH), D.K. (JOHOR), S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.J.
SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN
SERTA SEGALA DAERAH TAKLUKNYA
Sembah Tahniah Dan Ucap Selamat Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang ke 68
Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor
Pada 11 Disember 2013 Bersamaan 8 Safar 1435
Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj merupakan Sultan Selangor ke-9 yang memerintah negeri Selangor sejak 21 November 2001 berikutan kemangkatan ayahanda baginda, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj.
Majlis pertabalan diadakan pada 22 November
2001 di Balairung Seri Istana Alam Shah, Klang. Tengku Idris Shah kini bergelar
Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj. Istiadat pemasyhuran diraja turut dihadiri
Tengku Panglima Diraja Selangor selaku Ketua Istiadat Diraja. Lain-lain ialah
Tengku Sulaiman Shah; Tengku Aris Temenggong, Tengku Muhamad Yusuf Shah dan
Orang Kaya To' Engku Maha Bijaya Hulu Langat, Datuk Abdul Rani Datuk
Shamsuddin. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo membacakan
pengisytiharan pemasyhuran di bawah 30 (2) Bahagian 1, Undang-Undang Tubuh
Kerajaan Selangor 1959. Tengku Idris Shah sebagai Sultan Melayu pertama menaiki
takhta tanpa mempunyai permaisuri sejak negara mencapai kemerdekaan.
Turut hadir ketika itu ialah bekas Raja
Permaisuri Agong, Tuanku Aishah binti Abdul Rahman dan Timbalan Yang
di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Majlis ini disiarkan secara
langsung menerusi RTM.
Baginda lahir pada 24 Disember 1945 di
Istana Jemaah, Klang hasil pernikahan Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj dengan Raja Nor
Saidatul Ehsan Tengku Badar Shah. Istana Jemaah kini ditukar menjadi Kolej
Islam Sultan Alam Shah.
Baginda adalah anak sulung. Adik-beradik yang
lain ialah Tengku Puteri Sofiah, Tengku Sulaiman Shah (Tengku Panglima Diraja
Selangor), Tengku Puteri Seri Zanariah, Tengku Abdul Samad Shah (Tengku
Panglima Besar), Tengku Puteri Arafiah dan Tengku Puteri Aishah.
Tahun 1968 berkahwin dengan Raja Zarina Raja
Tan Sri Zainal. Puteri baginda bernama Tengku Zerafina (1969) dan Tengku
Zatashah (1973).
Setelah
berpisah pada 1986 , baginda berkahwin dengan Puan Nur Lisa Idris binti
Abdullah warga Amerika Syarikat pada tahun 1988 tetapi berpisah pada
1997. Baginda mempunyai seorang putera, Tengku Amir Shah.