SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM
KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA
KHUSUSNYA WARGA SK KG SOEHARTO
5 NOVEMBER 2013
( 1 MUHARRAM 1435H )
Kalendar Islam bagi sandaran umat Islam
adalah Takwim Hijrah atau Takwim Islam. Ianya merupakan
takwim yang digunakan secara meluas di kebanyakan negara umat Islam untuk
menentukan hari kebesaran Islam. Kalendar ini merupakan kalendar lunar
(berasaskan bulan), dan mempunyai kira-kira 355 hari dalam
setahun.Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah adalah hasil
dari ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khatab
r.a. Ini adalah rentetan dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan
Islam pada zamannya. Riwayat juga mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa
Al-Asy’ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a meminta beliau
menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar
kepadanya.Bermula daripada peristiwa itulah Saidina Umar memerintahkan satu
kalendar / taqwim Islam yang khas diwujudkan untuk menggantikan tahun rujukan
kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan
bangsa-bangsa lain pada zaman itu. Peristiwa ini juga pencetus kepada
penyusunan takwim berdasarkan falak syar’ie.
Sebelum kemunculan kalendar Islam ini di kalangan bangsa Arab sendiripun ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah.
Maka Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya
peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas
permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar taqwim Islam.
Walaupun tahun yang dipilih adalah tahun hijrah, ianya mencatatkan peristiwa hijrah berlaku pada bulan yang lain selain Muharram namun kalender Islam meletakkan awal bulan kalender hijrah itu sebagai awal Muharram ini kerana kemuliaan yang ada pada bulan ini di sisi orang Arab lebih-lebih lagi di sisi Allah.
Walaupun tahun yang dipilih adalah tahun hijrah, ianya mencatatkan peristiwa hijrah berlaku pada bulan yang lain selain Muharram namun kalender Islam meletakkan awal bulan kalender hijrah itu sebagai awal Muharram ini kerana kemuliaan yang ada pada bulan ini di sisi orang Arab lebih-lebih lagi di sisi Allah.
Kalendar ini juga mengambil peristiwa hijrah Rasullullah
s.a.w dari Makkah ke Madinah. Ini adalah kerana dengan hijrah inilah permulaan
pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan. Hasil dari itu,
Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat
berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu.
Di antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan
Kisra dapat ditumbangkan, Baitulmuqaddis pula dibebaskan dari Rom dan Masjid Al
Aqsa dibangunkan.
Perbandingan kalendar juga telah dibuat oleh Umar,setelah
Umar membandingkan kalendar tersebut dengan kalendar-kalendar Persia dan
Romawi, didapati bahawa kalendar ini ternyata lebih baik dan bersistematik.
Maka dengan itu pengisytiharaan Kalendar Tahun Hijrah adalah Kalendar / Taqwim
Islam yang rasmi.
Sebab-sebab berlaku Hijrah
Ia bagi mengurangkan tekanan yang dialami baginda
Rasulullah terhadap serangan bertubi-tubi puak musuh di kalangan masyarakat
Arab Jahiliyyah yang tidak senang dengan Islam yang diperkenalkan oleh baginda
Rasulullah s.a.w.
Atas dasar itu Allah SWT memerintahkan baginda dan
seluruh umat Islam yang masih berada di bumi Mekah supaya meninggalkan tempat
itu dan menuju ke kota Madinah.
Bagi yang mengingkari arahan supaya berhijrah ke Madinah,
mereka dijanjikan dengan neraka dan ditimpakan dengan siksaan yang amat pedih
dari sisi Allah sepertimana yang ditegaskan Allah menerusi firman-Nya dalam
ayat 97 surah an-Nisaa yang bermaksud :
“Sesungguhnya orang-orang yang
diwafatkan malaikat dalam keadaaan menzalimi diri mereka sendiri, (kepada
mereka) malaikat bertanya : Dalam keadaan bagaimana kamu ini? Mereka menjawab :
Kami adalah orang-orang yang tertindas di negeri kami sendiri (Mekah). Para
malaikat berkata : Bukankah bumi Allah itu luas hingga kamu dapat berhijrah di
bumi itu? Orang-orang itu tempatnya neraka Jahannam, dan ia seburuk-buruk
tempat kembali.”