Pages
▼
4 December 2015
2 December 2015
TREKKING LATA MEDANG
Pada 23 Nov 2015 yang lalu, Kelab Rekreasi dan PJ telah mengadakan aktiviti hiking bertempat di Lata Medang, Kuala Kubu Bharu, Selangor. Lata Medang merupakan tempat yang bergitu popular dikalangan hakers dan merupakan tempat yang menarik untuk berkhemah dan menerokai hidupan flora dan fauna. Seramai 6 orang pelajar, 2 lelaki 4 perempuan beserta 5 orang guru dan seorang staff SKKS yang terlibat dalam aktiviti ini.
Ini merupakan aktiviti luar pertama yang dianjurkan oleh kelab ini.
18 September 2015
MAJLIS PENUTUPAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2015
18 September 2015 telah diadakan Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kebengsaan 2015 peringkat SKKS anjuran Pusat Sumber Sekolah bersama Panitia Bahasa Malaysia, Muzik, Pendidikan Seni Visual, Sejarah dan Sivik. Majlis telah dirasmikan oleh YB Datuk Hajah Rosni Bt Sohar di Dewan SKKS.
Sepanjang Bulan Kebangsaan, SKKS telah mengadakan beberapa pertandingan melibatkan pelajar-pelajar SKKS seperti pertandingan mendeklemasikan sajak merdeka, pertandingan nyanyian berkumpulan merdeka, pertandingan mewarna merdeka dan banyak lagi. Pertandingan-pertandingan yang telah diadakan disambut baik oleh pelajar dengan penyertaan yang amat memberangsangkan. Dengan adanya pertandingan seperti ini, secara tidak lansung dapat memberikan persaingan yang sihat serta dapat mencungkil bakat pelajar-pelajar SKKS. Saringan peringkat akhir untuk pertandingan-pertandingan tersebut telah diadakan pada hari ini.
Untuk majlis yang diadakan pada hari ini, majlis diserikan lagi dengan persembahan pakaian beragam merdeka dan pertandingan basikal berhias merdeka. SKKS ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa pelajar yang memberi komitmen untuk menyiapkan busana merdeka pelajar yang menarik serta cantik. Komitmen seperti ini harus dikekalkan oleh ibu bapa agar memberi semangat pada pelajar-pelajar agar lebih yakin dan bersemangat dalam apa jua yang diceburi.
31 August 2015
Tema Hari Kebangsaan 2015 Sehati Sejiwa
Tema Hari Kebangsaan 2015 Sehati Sejiwa. #sehatisejiwa dipilih sebagai tema bagi sambutan Hari Kebangsaan tahun 2015 ini. Perkara ini diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ketika berucap pada Majlis Prapelancaran Sambutan Hari Kebangsaan 2015 di Dataran Merdeka, semalam.
Tema #sehatisejiwa dipilih kerana ia mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini.
Ahmad Shabery berkata, mulai tahun ini, sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tidak lagi disebut berdasarkan ulang tahun, sebaliknya mengikut tahun. "Ia dilihat sebagai prinsip kesamarataan antara Semenanjung serta Sabah dan Sarawak kerana penggabungan Malaysia yang sebenarnya pada 16 September, dan 31 Ogos hanya melibatkan Semenanjung sahaja,
Read more: http://www.panduanmalaysia.com/2015/06/tema-hari-kebangsaan-2015-sehati-sejiwa.html#ixzz3kNoLe7uW
Follow us: @rossacalla on Twitter | PerlingPutih on Facebook
Tema #sehatisejiwa dipilih kerana ia mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini.
Ahmad Shabery berkata, mulai tahun ini, sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tidak lagi disebut berdasarkan ulang tahun, sebaliknya mengikut tahun. "Ia dilihat sebagai prinsip kesamarataan antara Semenanjung serta Sabah dan Sarawak kerana penggabungan Malaysia yang sebenarnya pada 16 September, dan 31 Ogos hanya melibatkan Semenanjung sahaja,
Read more: http://www.panduanmalaysia.com/2015/06/tema-hari-kebangsaan-2015-sehati-sejiwa.html#ixzz3kNoLe7uW
Follow us: @rossacalla on Twitter | PerlingPutih on Facebook
16 August 2015
MAKLUM BALAS MINIT MESYUARAT GURU DAN KAKI TANGAN SKKS BIL 3/2015
Sila dapatkan Minit Mesyuarat Guru Dan Kakitangan SKKS bil 3/2015 pada pautan berikut:
https://drive.google.com/open?id=0B-v9lDe6dzOLOXdCODNzM0lOME0
https://drive.google.com/open?id=0B-v9lDe6dzOLOXdCODNzM0lOME0
12 July 2015
RAMADHAN DI HAYATI, UKHUWAH YANG TERJALIN DI KUKUHKAN
...............10 Julai 2015 bersamaan 23 Ramadhan 1436 Hijrah, Sekolah Kebangsaan Kampung Soeharto menghayati Ramadhan dengan program bina Kad Hari Raya bagi mengukuhkan ukhuwah yang telah sedia ada.
...............Pada petangnya diadakan pula majlis tahlil dan Jamuan berbuka puasa anjuran Badan Kebajikan Sekolah Kebangsaan Kampung Soeharto. Pihak keluarga warga SKKS turut sama meraikan majlis jamuan tersebut. Pada majlis itu juga Badan Kebajikan mengambil kesempatan menyampaikan sedikit sumbangan kepada Cikgu Mukhyidi atas Ujian yang menimpa kepada anak beliau pada tahun ini.
En. Azhar memberikan ulasan
Penyampaian sumbangan oleh Guru Besar
...............Setelah solat maghrib, jamuan baru dimulakan, pelbagai hidangan di sajikan, antara makanan yang teristimewa pada hari tersebut ialah makanan eksotik iaitu buah durian yang di bawa oleh En. Razi dan Ustazah Sujanah. Mungkin itulah keistimewaan yang berbeza dibanding jamuan yang diadakan oleh pihak sekolah Kebangsaan Kampung Soeharto di tempat yang lain....
![]() |
Gambar Hiasan |
![]() |
Durian antara makanan istimewa berbuka |
1 April 2015
10 March 2015
MAJLIS PENYERAHAN BANNER KECEMERLANGAN OLEH FELDA
Majlis telah diadakan pada 10 Mac 2015 dan penyerahan banner oleh En Azhari, Pegawai Felda Soeharto. Diharap pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR 2015 akan memperolehi keputusan yang baik dan membanggakan.