28 April 2014

PROGRAM TEKNIK MENJAWAB UPSR FASA I

Tarikh : 26 & 27 April 2014
Hari : Sabtu & Ahad
Masa : 2 hari
Tempat : SK Kg. Soeharto & PKG Kg. Soeharto

Sesi dialog bersama ibu bapa penjaga

Penuh ceria dan bersemangat.
Penceramah yang berwibawa dan terpilih. Terima kasih...

Majlis penutupan oleh PIBG.
Gambar & sumber : Cik Shazwin Ahmad Suhaimi
En. Azizan Anin

23 April 2014

PROGRAM JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT

Tarikh : 22 April 2014
Hari : Selasa
Masa : 10.00 - 10.10 pagi
Tempat : Dewan Datuk Haji Muhammad Idris

Program jom baca bersama untuk 10 minit.

Khusyuk...

Sokongan.

Mengagih-agihkan buku.
Gambar & sumber: Cik Siti Noorezlin Saien


22 April 2014

KEJOHANAN BOLA JARING PERINGKAT DAERAH

Tarikh : 22 April 2014
Hari : Selasa
Masa : 9.00 pg - 4.00 ptg
Tempat : SK Kerling, Hulu Selangor

Pasukan bola jaring SKKS bersama jurulatih yang membimbing mereka.
Gambar & sumber: Pn. Marshella Manshor

19 April 2014

PENYAKIT SINDROM PERNAFASAN ASIA BARAT - VIRUS KORONA (MERS-CoV)




Apa Itu Penyakit Sindrom Pernafasan Asia Barat-Virus Korona (MERS-CoV)

Apa Itu Penyakit Sindrom Pernafasan Asia Barat-Virus Korona (MERS-CoV) - MERS-CoV adalah singkatan daripada Middle East Respiratory Syndrome - CoronaVirus atau sindrom pernafasan asia barat - Virus Korona. Virus ini mula dikesan pada tahun 2012 dan dikenali sebagai 'novel coronavirus'. Pada Mei 2013 ia ditukar kepada MERS-CoV. Virus ini boleh menyebabkan masalah pernafasan serius dan kegagalan buah pinggang.
   
Kementerian Kesihatan mengingatkan supaya orang ramai jangan dekati unggas dan haiwan, termasuk ladang ternakan unta sepanjang berada di Arab Saudi atau negara yang dikesan berlaku penularan penyakit Sindrom Pernafasan Asia Barat-Virus Korona (MERS-CoV). 

Peringatan Kementerian Kesihatan kepada jemaah umrah ke Tanah Suci tahun ini berikutan laporan kes penyakit berjangkit itu di Arab Saudi dan Jordan. 


Kawasan berisiko MERS-CoV

Lembaga Tabung Haji (TH) dalam reaksi segeranya mengarahkan TH Travel tidak membawa jemaah ke kawasan berisiko itu, selain menasihatkan agensi pengembaraan dan pelancongan yang menyediakan pakej umrah lain, mengambil langkah sama. 

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) setakat ini tidak mengeluarkan sekatan pergerakan berhubung kes jangkitan MERS-CoV yang merekodkan 180 kes disahkan melalui ujian makmal pada peringkat global sejak September 2012, termasuk 77 kematian. 

Seramai 140 rakyat Malaysia yang mengunjungi beberapa negara Asia Barat di antara 31 Oktober hingga kelmarin pula disyaki dijangkiti penyakit itu selepas menunjukkan simptom seperti demam dan batuk berpanjangan serta sesak nafas. 


Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, rakyat Malaysia masih dibenarkan menunaikan umrah tetapi dinasihatkan supaya mematuhi garis panduan ditetapkan WHO. 


Tingkat pemantauan


Katanya, semua pusat kesihatan juga diminta meningkatkan pemantauan terhadap pesakit yang mempunyai simptom jangkitan dengan individu yang disyaki atau dijangkiti perlu melakukan pemeriksaan lanjut serta ujian makmal. 

“Mereka yang berisiko tinggi dijangkiti perlu mengelak mendekati haiwan termasuk mengelak ladang atau kandang ternakan tempat virus itu dikesan. 

Beliau mengulas mengenai penularan kes MERS-CoV di Asia Barat dengan kes terkini sejak penghujung Disember lalu menyaksikan dua kematian pada bulan lalu membabitkan seorang pekerja kesihatan berusia 54 tahun dari Riyadh, Arab Saudi dan seorang lelaki berusia 48 tahun dari Jordan. 

WHO ketika ini belum mengeluarkan arahan saringan di pintu masuk, sebaliknya menggalakkan peningkatan kesedaran dalam kalangan pihak berkenaan yang mengunjungi negara terbabit termasuk jemaah umrah. 

Pengerusi TH, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim ketika dihubungi berkata keputusan berhubung pergerakan jemaah umrah tertakluk kepada nasihat Kementerian Kesihatan. 

Bagaimanapun, beliau turut menasihatkan agensi menyediakan pakej umrah menggalakkan pelanggan mereka supaya mengambil vaksin tambahan sebagai langkah berjaga-jaga.

PERSAHABATAN BOLA JARING: SK KG SOEHARTO VS SK GESIR TENGAH

Tarikh : 18 April 2014
Hari : Jumaat
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Padang SK Kg Soeharto

Perlawanan persahabatan bola jaring antara SK Kg Soeharto bertemu SK Gesir Tengah.

Sengit dan mendebarkan.

Penuh semangat kesukanan. Tahniah SKKS dan terima kasih SKGT...
Gambar & sumber: Cik Shazwin Ahmad Suhaimi

BENGKEL PEMANTAPAN TOKOH NILAM PERINGKAT ZON PKG SOEHARTO

Tarikh : 17 April 2014
Hari : Khamis
Masa : 8.30 pagi
Tempat : SK Seri Fajar

Bergambar kenangan.

Sesi penilaian.

Wakil SK Kg Soeharto: Syuhada Nordin (kiri) dan Aqila Zainuddin. Tahniah...
Gambar & sumber: Cik Shazwin Ahmad Suhaimi

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH: NILAM, PANITIA SENI, PRASEKOLAH DAN BAHASA MALAYSIA

Tarikh : 14 April 2014
Hari : Isnin
Masa : 7.40 pagi
Tempat : Dewan Datuk Haji Muhammad Idris

Pertandingan mewarna Bulan Bahasa Malaysia.

Pemenang Bulan Panitia Bahasa Malaysia.

Anugerah olahraga peringkat negeri.

Pemenang kategori Pendidikan Khas.

Penerima hadiah Panitia Seni.
Gambar & sumber: Cik Shazwin Ahmad Suhaimi

8 April 2014

LAWATAN BENCANA ALAM

Tarikh : 8 April 2014
Hari : Selasa
Masa : 9.00 - 11 pagi
Tempat : Kuarters & kawasan sekolah

En. Norazimi (Guru besar) bersama Pegawai Unit Pembangunan PPDHS  melawat kawasan yang dilanda ribut pada petang Isnin yang lalu.
Belakang Kuarters.

Pokok tumbang.

Di hadapan makmal komputer.


Gambar & sumber: Pn. Zarihan Mohd Isa
Pn. Juliana Jusof@Jaffar

7 April 2014

KEJOHANAN BOLA BALING PERINGKAT DAERAH

Tarikh : 7 & 8 April 2014
Hari : 2 hari
Masa : 8.30 pg - 4.30 ptg
Tempat : SK Gedangsa

Pasukan bola baling perempuan.


Pasukan sekolah menuju ke padang untuk beraksi dalam kejohanan ini.
Gambar & sumber: Pn. Marshella Manshor

3 April 2014

TEMASYA SUKAN & PERMAINAN PRASEKOLAH PERINGKAT DAERAH HULU SELANGOR

Tarikh : 3 April 2014
Hari : Khamis
Masa : 9.00 pg - 4.30 ptg
Tempat : SK Sungai Tengi


En. Norazimi (Guru Besar) bersama tenaga pengajar prasekolah yang gigih membimbing murid-murid untuk mencapai kejayaan. Tahniah.....

Bersedia untuk berlari.
  
Pn. Norashikin dan Cik Siti Aishah menyusun murid.

Menenangkan diri sebelum acara bermula bersama Pn. Zarihan.

Gambar & sumber: Pn. Zarihan Mohd Isa

PENYERTAAN KEJOHANAN OLAHRAGA MSS SELANGOR 2014

Tarikh : 31 Mac - 3 April 2014
Hari : Isnin - Khamis
Masa : 4 hari
Tempat : Stadium Kuala Selangor

En. Nik Jazwiri (jurulatih) bersama pasukan olahraganya.

Nur Syafiqa Aqila bersedia di garisan permulaan.
Gambar & sumber: En. Nik Jazwiri Johannis

PENYERTAAN KEJOHANAN OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI

Tarikh : 2 April 2014
Hari : Rabu
Masa : 9.00 pg - 4.30 ptg
Tempat : SK Bukit Beruntung

Tuan Hj. Ahmad (Guru Penyelaras Pendidikan Khas) bersama murid-murid khas SKKS yang menyertai kejohanan.
Tahniah.
Gambar & sumber: Pn. Nurliza Ruselan

SELAMAT DATANG

SK KAMPONG SOEHARTO 
MENGALU-ALUKAN KEDATANGAN GURU BAHARU
DAN DIHARAP DAPAT MEMBANTU SEKOLAH DAN PELAJAR 
KE ARAH KEJAYAAN.

En. Ahmad Shauqi b Mat Sukhri
JPG Kampus Temenggong Ibrahim
Gambar & Sumber: En Azizan Anin

1 April 2014

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW PERINGKAT DAERAH

Tarikh : 1 April 2014
Hari : Selasa
Masa : 9.00 pg - 4.30 ptg
Tempat : SK Gesir Tengah

Pasukan sepak takraw sekolah bersama ketua jurulatih, En. Azhar Abd Aziz bersama guru-guru pembimbing sebelum bertolak ke SK Gesir Tengah. Semoga berjaya.
Gambar & Sumber: En. Azizan Anin

LATIHAN SEPAK TAKRAW DAN BOLA BALING

Hari : Selasa & Khamis
Masa : 8.00 - 9.30 pg
Tempat : Padang & Gelanggang Takraw

Latihan sepak takraw di bawah kendalian En. Azhar Abd. Aziz.

En. Ahmad Bustomi giat melatih pasukan bola baling sekolah.

Gambar & Sumber: En. Azizan Anin

BLOG AMALAN SUNNAH DALAM PdP